CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gurau Je Panggil Sayang, Iman Troye Tak Bercinta Dengan Pempengaruh Media Sosial

1-12-2022 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 728| Komen: 1

Penyanyi Iman Troye, 20, menepis spekulasi mendakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pempengaruh media sosial hanya kerana muncul dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.


Tegas Iman, mereka bukan pasangan kekasih seperti didakwa dan hubungan tidak lebih sekadar kawan.


TikTok/IG

"Secara kebetulan, kawan saya adalah rakannya. Dari situ, kami mula berkenalan.

"Kami dalam satu kumpulan, jadi hubungan agak rapat tetapi bukan tahap bercinta.

"Nak kata sedang mengenali hati budi tidak juga. Sekarang, saya dalam peringkat merawat hati yang luka. Jadi, soal cinta saya letak ke tepi dahulu. Jadi, tumpuan saya sekarang hanya untuk kerjaya nyanyian," katanya kepada BH Online.


Menerusi siaran langsung itu, ramai mendakwa Iman dan jejaka berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Danial itu kelihatan mesra. Malah, Danial memanggil penyanyi lagu Teman itu dengan panggilan sayang.


IG

Mengulas perkara itu, pemilik nama lengkap Siti Nur Alyssa Sahabudin itu berkata, apa yang disaksikan hanya sekadar gurauan.

"Sejujurnya, kami tak pernah berbual dalam mesej peribadi. Apa yang dilihat ketika siaran langsung hanya gurauan semata-mata. Saya tak sangka ia boleh mencetuskan spekulasi. Danial agak risau bila perkara ini hangat diperkatakan," ujarnya.

Terdahulu, Iman ditemui selepas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM 37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, baru-baru ini.

Menerusi acara SFMM 37, Iman mempertaruhkan lagu Nang hasil ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee.

Ternyata, rezeki berpihak kepadanya apabila lagu Nang berjaya melangkah ke malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 pada 12 Februari depan.


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insyi81 1-12-2022 01:55 PM
mcm pelik pulak nk guna perkataan "pempengaruh" instead of influencer

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.197388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top