CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri Amaran Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 Mungkin Berulang, Content TikTok Ditaja Ahli Politik?

1-12-2022 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3205| Komen: 38

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis memanggil pihak pengurusan TikTok untuk segera memberi penjelasan berhubung tiga klip video yang memberi amaran rusuhan kaum 13 Mei 1969 mungkin berulang.


SKMM berkata, syarikat media sosial itu dipanggil susulan laporan sebuah portal berita mendedahkan tiga kip video terbabit, yang merupakan kandungan berbayar.

Katanya, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.


Foto: FMT

“Penyebaran kandungan video sedemikian merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal ehwal berkaitan agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan.


Justeru, katanya, SKMM dan polis akan meningkatkan usaha dalam mengekang penyebaran video yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

SKMM menasihatkan orang ramai tidak berkongsi dan menyebarkan klip video terbabit.

SKMM tidak menamakan portal berita itu, tetapi Malaysiakini hari ini memetik jurucakap TikTok sebagai berkata, platform itu tidak dapat mengesahkan jika video berkenaan ditaja ahli politik.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, polis mengesan pelbagai bentuk kandungan menyentuh sensitiviti kaum dan agama di media sosial selepas pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov lalu.

Beliau mengingatkan pengguna media sosial tidak menyalahgunakan platform sedemikian untuk menyebarkan kandungan menghasut yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba mengancam keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam, termasuk menggunakan Akta Hasutan.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan TikTok sebagai berkata, ia dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kandungan melanggar garis panduannya.

Katanya, klip video dengan kandungan berkaitan 13 Mei yang melanggar garis panduan komunitinya sudah dipadamkan kerana ia tidak bertoleransi terhadap sebarang kenyataan berbaur kebencian dan ekstremisme.

TikTok bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kandungan dipadamkan atau aduan yang diterimanya. -CARI

Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 1-12-2022 02:15 PM
siapa itu??
Quote green~tea 1-12-2022 02:15 PM
Tiktokers bodoh
Quote KamikuP 1-12-2022 02:28 PM
Ntah ler.. meols takde akaun tik tok
Quote zidane_ziege 1-12-2022 02:33 PM
renko replied at 1-12-2022 02:15 PM
siapa itu??

Mereka yg kecewa tak dapat kuasa..alang2 tak dapat biar negara kucar kacir
Quote tripleid 1-12-2022 02:46 PM
Sbb tu kalau tragedi 13mei berulang,puncanya bukan sbb DAP tapi sbb PAS yg gigih mnanam kbencian antara kaum..

Anak cucu esok boleh pakat kencing atas kubur hadi awang kalau 13mei betul2 jadi..
Quote Purplehaz 1-12-2022 02:47 PM
Tmpt I , my family members, neighbours..(all Chinese) bersorak sakan happy teramat...my Bil from London blk hanya utk undi...puas hati..worth it katanya.
Kalau ikutkan hati nmpk maunya dorang berarak sorak mcm...13
Quote renko 1-12-2022 03:04 PM
zidane_ziege replied at 1-12-2022 02:33 PM
Mereka yg kecewa tak dapat kuasa..alang2 tak dapat biar negara kucar kacir

suka pulak dia ye
kang jadi betul
dia yg paling dulu lari
Quote Simunggu 1-12-2022 03:09 PM
Purplehaz replied at 1-12-2022 02:47 PM
Tmpt I , my family members, neighbours..(all Chinese) bersorak sakan happy teramat...my Bil from Lon ...

ya mereka memang suka pesta seakan....melayu yg bdodh berpecah
Quote mamichik 1-12-2022 03:14 PM
Purplehaz replied at 1-12-2022 02:47 PM
Tmpt I , my family members, neighbours..(all Chinese) bersorak sakan happy teramat...my Bil from Lon ...

Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Dia ada bagi peringatan ahli DAP tak raikan kemenangan lepas selesai PRU n PH menang besar. nampak bagus juga la DAP bawah Anthony Loke ni.. depa reserve sikit
Quote aciksenah 1-12-2022 03:40 PM
mamichik replied at 1-12-2022 03:14 PM
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Di ...

Kalau diorang tak belajar lagi dari PRU yang lepas...tak tau la nak cakap apa. Diorang pun dah takut nak bercakap yang bukan2. Sebab orang Melayu ni, tak semua yang akan berdiam je bila isu Melayu dibangkitkan. Kuasa rakyat boleh gulingkan kerajaan....
Quote Buritan 1-12-2022 03:47 PM
mamichik replied at 1-12-2022 03:14 PM
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Di ...


Antony loke mmg ok.. laki aku ritu kata ok masa dia jd menteri pengangkutan..jenis tak kaco laa.. masa koje under mak sineo leceh
Quote Purplehaz 1-12-2022 03:55 PM
Simunggu replied at 1-12-2022 03:09 PM
ya mereka memang suka pesta seakan....melayu yg bdodh berpecah

Tunggu mase jer dorang ni...
Spark dh ada

Jgn sejarah berulang kembali, mase tu x dikiranya penyokong (pengundi) atau tak...janji muka melayu

Kuatkah Kita mcm zmn tu??
Quote namr 1-12-2022 04:04 PM
Edited by namr at 1-12-2022 04:09 PM

celakanya ahlil politaik ni..kalo benda ni terjadi disebabkan perbuatan si celaka, aku harap korang 'buat apa yg ptt' kat ahli politaik celaka tu dulu ye
Quote Purplehaz 1-12-2022 04:09 PM
mamichik replied at 1-12-2022 03:14 PM
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Di ...

Harap harap begitulah

mereka x lupa sejarah..begitu juga dgn kita.
Tapi dlm komuniti mereka mmg sdg meraikan..kemenangan utk bangsa katenya..salute smngt mereka x berpecah walau hidup merantau di luar negara
hanya mereka yg tau ..apa agenda seterusnya..(man..man..cina ckp)

Walau I hidup dlm komuniti mereka mostly sejak dari dulu...tp I tetap sygkan bangsa I.
Quote rosedemon 2-12-2022 09:55 AM
sape tu ahli politik tu
Quote Nurdianah 2-12-2022 09:57 AM
takkan lebai nak menipuuuu
Quote grouper 2-12-2022 10:05 AM
Purplehaz replied at 1-12-2022 04:09 PM
Harap harap begitulah

mereka x lupa sejarah..begitu juga dgn kita.

Diorg x berpecah sbb diorg minoriti...tiap tahun makin kecik plak tu..yg paling diorg takut melayu bersatu...
Quote MadameOnion 2-12-2022 10:35 AM
yang video asah parang tu ke?
Quote airfilterkotor 2-12-2022 11:04 AM
Ko ghase TikToker 16 Mei tu sapa punya keje...
Background video ada bendera parti pun dah boleh kenai.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062632 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top