View: 2897|Reply: 38
|
Beri Amaran Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 Mungkin Berulang, Content TikTok Ditaja Ahli Politik?
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis memanggil pihak pengurusan TikTok untuk segera memberi penjelasan berhubung tiga klip video yang memberi amaran rusuhan kaum 13 Mei 1969 mungkin berulang.
SKMM berkata, syarikat media sosial itu dipanggil susulan laporan sebuah portal berita mendedahkan tiga kip video terbabit, yang merupakan kandungan berbayar.
Katanya, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/01/125327ln7z7i7yd6ydzd9n.png) Foto: FMT
“Penyebaran kandungan video sedemikian merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal ehwal berkaitan agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya, SKMM dan polis akan meningkatkan usaha dalam mengekang penyebaran video yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
SKMM menasihatkan orang ramai tidak berkongsi dan menyebarkan klip video terbabit.
SKMM tidak menamakan portal berita itu, tetapi Malaysiakini hari ini memetik jurucakap TikTok sebagai berkata, platform itu tidak dapat mengesahkan jika video berkenaan ditaja ahli politik.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, polis mengesan pelbagai bentuk kandungan menyentuh sensitiviti kaum dan agama di media sosial selepas pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov lalu.
Beliau mengingatkan pengguna media sosial tidak menyalahgunakan platform sedemikian untuk menyebarkan kandungan menghasut yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.
Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba mengancam keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam, termasuk menggunakan Akta Hasutan.
Dalam pada itu, Reuters melaporkan TikTok sebagai berkata, ia dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kandungan melanggar garis panduannya.
Katanya, klip video dengan kandungan berkaitan 13 Mei yang melanggar garis panduan komunitinya sudah dipadamkan kerana ia tidak bertoleransi terhadap sebarang kenyataan berbaur kebencian dan ekstremisme.
TikTok bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kandungan dipadamkan atau aduan yang diterimanya. -CARI
Sumber: FMT |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah ler.. meols takde akaun tik tok |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 1-12-2022 02:15 PM
siapa itu??
Mereka yg kecewa tak dapat kuasa..alang2 tak dapat biar negara kucar kacir |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu kalau tragedi 13mei berulang,puncanya bukan sbb DAP tapi sbb PAS yg gigih mnanam kbencian antara kaum..
Anak cucu esok boleh pakat kencing atas kubur hadi awang kalau 13mei betul2 jadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tmpt I , my family members, neighbours..(all Chinese) bersorak sakan happy teramat...my Bil from London blk hanya utk undi...puas hati..worth it katanya.
Kalau ikutkan hati nmpk maunya dorang berarak sorak mcm...13 |
|
|
|
|
|
|
|
suka pulak dia ye
kang jadi betul
dia yg paling dulu lari
|
|
|
|
|
|
|
|
ya mereka memang suka pesta seakan....melayu yg bdodh berpecah
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Dia ada bagi peringatan ahli DAP tak raikan kemenangan lepas selesai PRU n PH menang besar. nampak bagus juga la DAP bawah Anthony Loke ni.. depa reserve sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diorang tak belajar lagi dari PRU yang lepas...tak tau la nak cakap apa. Diorang pun dah takut nak bercakap yang bukan2. Sebab orang Melayu ni, tak semua yang akan berdiam je bila isu Melayu dibangkitkan. Kuasa rakyat boleh gulingkan kerajaan....![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mamichik replied at 1-12-2022 03:14 PM
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Di ...
Antony loke mmg ok.. laki aku ritu kata ok masa dia jd menteri pengangkutan..jenis tak kaco laa.. masa koje under mak sineo leceh |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 1-12-2022 03:09 PM
ya mereka memang suka pesta seakan....melayu yg bdodh berpecah
Tunggu mase jer dorang ni...
Spark dh ada
Jgn sejarah berulang kembali, mase tu x dikiranya penyokong (pengundi) atau tak...janji muka melayu
Kuatkah Kita mcm zmn tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namr at 1-12-2022 04:09 PM
celakanya ahlil politaik ni..kalo benda ni terjadi disebabkan perbuatan si celaka, aku harap korang 'buat apa yg ptt' kat ahli politaik celaka tu dulu ye |
|
|
|
|
|
|
|
mamichik replied at 1-12-2022 03:14 PM
Klu LGE aktif PRU15 mungkin boleh jadi.. tapi PRU kali ni nampak Anthony Loke byk main peranan. Di ...
Harap harap begitulah
mereka x lupa sejarah..begitu juga dgn kita.
Tapi dlm komuniti mereka mmg sdg meraikan..kemenangan utk bangsa katenya..salute smngt mereka x berpecah walau hidup merantau di luar negara
hanya mereka yg tau ..apa agenda seterusnya..(man..man..cina ckp)
Walau I hidup dlm komuniti mereka mostly sejak dari dulu...tp I tetap sygkan bangsa I. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan lebai nak menipuuuu ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 1-12-2022 04:09 PM
Harap harap begitulah
mereka x lupa sejarah..begitu juga dgn kita.
Diorg x berpecah sbb diorg minoriti...tiap tahun makin kecik plak tu..yg paling diorg takut melayu bersatu... |
|
|
|
|
|
|
|
yang video asah parang tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko ghase TikToker 16 Mei tu sapa punya keje...
Background video ada bendera parti pun dah boleh kenai. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|