CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ayah Dan Abang Pun Ambil," Ramai Nelayan Hisap Dadah Di Kedah, Rasa Bertenaga Nak Tangkap Ikan

1-12-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1732| Komen: 16

Alor Setar: "Ayah dan abang saya pun ambil dadah, jadi saya pun turut ambil dadah untuk turun ke laut," kata seorang nelayan yang ditahan dalam operasi Ops Bersepadu membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, semalam.


Operasi turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pokok Sena dan Kota Setar di kawasan jeti bot dan perairan laut Kuala Kedah, di sini.

Lelaki berusia 29 tahun itu mengakui pernah ditahan dua kali sebelum ini oleh AADK kerana melakukan kesalahan sama, dan hasil ujian saringan awal semalam mendapati dia mengambil methamphetamine.



Foto: Harian Metro


"Saya memang nak berhenti, tapi bila ambil dadah, rasa lebih tenaga ketika keluar menangkap ikan," katanya ketika ditemui di Jeti APMM di sini, semalam.

Dalam operasi bermula 10 pagi itu, beberapa kawasan jeti bot di Kuala Kedah yang dipercayai menjadi port penagihan dadah diserbu walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Ketika serbuan, beberapa lelaki dipercayai melarikan diri, namun ada sebahagiannya ditahan pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, operasi membabitkan 60 pegawai dan anggota dari dua agensi terbabit yang melakukan serbuan di jeti bot sekitar muara Kuala Kedah, serta pemeriksaan secara rawak terhadap bot nelayan tempatan di sekitar muara Kuala Kedah.

Beliau berkata, hasil operasi, 19 orang ditahan dan didapati positif methamphetamine,

Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B turut ditahan atas kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia lingkungan umur antara 25 hingga 50 tahun.

"Mereka kemudian diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut," katanya.-CARI

Sumber: Harain Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snowflakes 1-12-2022 11:43 AM
Minum ketum tak cukup ke?
Quote juboqhang 1-12-2022 11:45 AM
Takpaaa asalkan bukan yahudi.. dap
Quote Skuau 1-12-2022 11:45 AM
Tak adil dlm kalangan kuarga lain yg x amik...
Quote hyie 1-12-2022 11:48 AM
biasa diorang amik ketum katanya. Minum ketum tu macam perkara biasa gitu bagi ummah suchi. Entahlah iols kurang faham konsep hukum amik ketum ni. Yang pasti, bila amik berlebihan, dia akan memudaratkan si pemakan, sebab benda tu macam bergetah gitu kot.
Quote sharlenetexas 1-12-2022 10:15 PM
Minum je ketum ori yg takde lots of mix.


Quote rosedemon 2-12-2022 09:53 AM
wow bertenaga habaq angg
Quote rosmahisham 2-12-2022 10:34 PM
Bertenaga dan 2 hari x tido kot..tu yg tingtong jual ikn mur2 kat peraih cina kot..jnji lps beli dadah..penat je brtungkus lumus duit lg byk ke dadah! Nk bertenaga minum redbull,xtrajoss mcm indon2 tu x leh ke?
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2022 10:39 PM
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Quote rukia2 2-12-2022 10:50 PM
Npe amek methamphetamine dekk...
Quote kakikuDibibirmu 4-12-2022 10:51 AM
Akak kalau hisap dadah sibuk melayari website porno jah, tak ada masa nak menangkap anak ikan dalam laut, lebih baik belai-belai anak ikan atas katil
Quote rospinki 4-12-2022 10:59 AM
Apa saja pekerjaan jgnlah kamu lalai dan amik mudah ibadah kamu. Jadi nelayan keja yg paling tggi risiko dan penat sungguh kesian..emosi dan penat lelah diorg kita tk tau. Maka mudah bgi mereka memilih jalan "short relief" lama2 jadi gian. Tapi jika mereka sentiasa mejaga iman dan hanya pada Allah memohon kekuatan dan dipermudahkan segalqnya akan senang saja jalanmu. Mungkin tidak kaya tapi hati mu akan berasa cukup. Dunia skrg lgi kejam..ujian datang kiri dan kanan. Dalam susah juga senang.  

-,-
Quote green~tea 6-12-2022 12:45 AM
Alasan.. mmg orang2 b40 camtu laaa perangai
Quote edayildiz 6-12-2022 12:53 AM
jrg dgr nelayan hisap dadah..selalu buruh sbb nk angkat batu bata simen..dorg amek pil kuda..
pil kuda tu menscarykn lah kalau tgh gila..
Quote grouper 6-12-2022 12:54 AM
Bukan kat kedah je....mana tempat ada jeti nelayan ada je geng yg amik..faktor utama nak kuat stamina lepas tu gian le
Quote pooh~key 6-12-2022 08:48 AM
kakikuDibibirmu replied at 4-12-2022 10:51 AM
Akak kalau hisap dadah sibuk melayari website porno jah, tak ada masa nak menangkap anak ikan dalam  ...

Kau layan belamionline.com ya sister kaki?
Quote boo07 29-11-2024 08:18 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top