View: 1491|Reply: 16
|
"Ayah Dan Abang Pun Ambil," Ramai Nelayan Hisap Dadah Di Kedah, Rasa Bertenaga Nak Tangkap Ikan
[Copy link]
|
|
Alor Setar: "Ayah dan abang saya pun ambil dadah, jadi saya pun turut ambil dadah untuk turun ke laut," kata seorang nelayan yang ditahan dalam operasi Ops Bersepadu membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, semalam.
Operasi turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pokok Sena dan Kota Setar di kawasan jeti bot dan perairan laut Kuala Kedah, di sini.
Lelaki berusia 29 tahun itu mengakui pernah ditahan dua kali sebelum ini oleh AADK kerana melakukan kesalahan sama, dan hasil ujian saringan awal semalam mendapati dia mengambil methamphetamine.
Foto: Harian Metro
"Saya memang nak berhenti, tapi bila ambil dadah, rasa lebih tenaga ketika keluar menangkap ikan," katanya ketika ditemui di Jeti APMM di sini, semalam.
Dalam operasi bermula 10 pagi itu, beberapa kawasan jeti bot di Kuala Kedah yang dipercayai menjadi port penagihan dadah diserbu walaupun pernah diserbu sebelum ini.
Ketika serbuan, beberapa lelaki dipercayai melarikan diri, namun ada sebahagiannya ditahan pihak berkuasa.
Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, operasi membabitkan 60 pegawai dan anggota dari dua agensi terbabit yang melakukan serbuan di jeti bot sekitar muara Kuala Kedah, serta pemeriksaan secara rawak terhadap bot nelayan tempatan di sekitar muara Kuala Kedah.
Beliau berkata, hasil operasi, 19 orang ditahan dan didapati positif methamphetamine,
Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B turut ditahan atas kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia lingkungan umur antara 25 hingga 50 tahun.
"Mereka kemudian diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut," katanya.-CARI
Sumber: Harain Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Minum ketum tak cukup ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takpaaa asalkan bukan yahudi.. dap |
|
|
|
|
|
|
|
Tak adil dlm kalangan kuarga lain yg x amik... |
|
|
|
|
|
|
|
biasa diorang amik ketum katanya. Minum ketum tu macam perkara biasa gitu bagi ummah suchi. Entahlah iols kurang faham konsep hukum amik ketum ni. Yang pasti, bila amik berlebihan, dia akan memudaratkan si pemakan, sebab benda tu macam bergetah gitu kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Minum je ketum ori yg takde lots of mix.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertenaga dan 2 hari x tido kot..tu yg tingtong jual ikn mur2 kat peraih cina kot..jnji lps beli dadah..penat je brtungkus lumus duit lg byk ke dadah! Nk bertenaga minum redbull,xtrajoss mcm indon2 tu x leh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Npe amek methamphetamine dekk... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa saja pekerjaan jgnlah kamu lalai dan amik mudah ibadah kamu. Jadi nelayan keja yg paling tggi risiko dan penat sungguh kesian..emosi dan penat lelah diorg kita tk tau. Maka mudah bgi mereka memilih jalan "short relief" lama2 jadi gian. Tapi jika mereka sentiasa mejaga iman dan hanya pada Allah memohon kekuatan dan dipermudahkan segalqnya akan senang saja jalanmu. Mungkin tidak kaya tapi hati mu akan berasa cukup. Dunia skrg lgi kejam..ujian datang kiri dan kanan. Dalam susah juga senang.
-,- |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan.. mmg orang2 b40 camtu laaa perangai |
|
|
|
|
|
|
|
jrg dgr nelayan hisap dadah..selalu buruh sbb nk angkat batu bata simen..dorg amek pil kuda..
pil kuda tu menscarykn lah kalau tgh gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat kedah je....mana tempat ada jeti nelayan ada je geng yg amik..faktor utama nak kuat stamina lepas tu gian le |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 4-12-2022 10:51 AM
Akak kalau hisap dadah sibuk melayari website porno jah, tak ada masa nak menangkap anak ikan dalam ...
Kau layan belamionline.com ya sister kaki? |
|
|
|
|
|
|
| |
|