CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Upah Pekerja Asing Bawa Lori Tanpa Lesen- Orang Malaysia Tak Nak Kerja Ladang, Kotor, Sukar, Bahaya Katanya

1-12-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2090| Komen: 34

Cameron Highlands: Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands tidak menafikan terdapat segelintir pengusaha ladang di kawasan tanah tinggi itu mengupah pekerja asing sebagai memandu kenderaan komersial.


Presidennya Datuk Chai Kok Lim berkata, ia bukan sahaja menjadi kesalahan daripada segi undang-undang, malah perbuatan itu turut membahayakan keselamatan pekerja serta pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, kebanyakan pengusaha ladang di kawasan berkenaan menggaji warga tempatan dan Orang Asli sebagai pemandu kenderaan untuk mengangkut hasil ladang ke kawasan tertentu.


Foto: Harian Metro

"Namun tidak dinafikan ada pengusaha ladang yang mengambil kesempatan menggunakan pekerja asing untuk memandu kenderaan seperti pacuan empat roda atau lori.

"Walaupun ada permit kerja, tetapi mereka tidak mempunyai lesen memandu dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara ini.

"Keadaan ini berlaku disebabkan masalah kekurangan pekerja di ladang sehingga majikan tiada pilihan. Selain melakukan pelbagai kerja menguruskan tanaman dan mengangkut hasil tanaman, pekerja asing terbabit turut digunakan untuk memandu kenderaan," katanya kepada Harian Metro.

Chai berkata, warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor terbabit kerana menganggap ia pekerjaan 3D (kotor, sukar, bahaya).

"Ini bukan soal gaji saja kerana tiada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di ladang dan luar bandar seperti Cameron Highlands. Mereka lebih berminat untuk bekerja di bandar," katanya.

Katanya, sektor perladangan dan pertanian sudah berdepan masalah kekurangan pekerja asing sejak lebih setahun lalu.

Dia berkata, beberapa perbincangan sudah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan untuk memohon kemasukan pekerja asing antara 5,000 ke 8,000 orang sejak tahun lalu.

Ketika ini katanya, warga asing yang bekerja di sektor berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Beliau berharap kerajaan baharu membantu pengusaha ladang dan menyelesaikan isu kekurangan pekerja di sektor itu sebagai usaha merancakkan kembali ekonomi. -CARI

Sumber: Harain Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 1-12-2022 11:51 AM
Alasan nak bayar gaji murah…
Quote Skuau 1-12-2022 11:56 AM
anak dia pon x nak..ngata ank orng...pulok
Quote Artemesiaa 1-12-2022 11:59 AM
Terpaksa ler sangat tapi sebenarnya boleh bayar gaji murah kan
Quote Triple_8 1-12-2022 12:00 PM
Lepas tu bila orang Melayu (Cina toksah cakap la, lagi rela ke Kemboja) tidak mahu dijadikan hamba abdi, mulalah dengan stigma Melayu Malasnya.
Quote HabukBesi 1-12-2022 12:26 PM
lepas lama duk kerja dalam ofiz ni, rasa lagi tenang kerja ladang mcm ni... bekerja dengan alam semulajadi
Quote ekselen 1-12-2022 12:38 PM
Edited by ekselen at 1-12-2022 12:40 PM
Artemesiaa replied at 1-12-2022 11:59 AM
Terpaksa ler sangat tapi sebenarnya boleh bayar gaji murah kan


Ntahnya...cer tanya bangla tu sume gaji bape dibyr... Kalo byr gaji yg berbaloi tu ramai je yg nak keja.. Alasan je tu...
Quote Hikariful 1-12-2022 01:30 PM
Kalu kat Ostrolia dan NZ, kedai2 kecik jual dan servis jentera berat utk ladang bersepah kat tepi2 jalan.. sebab tu depa tak perlu sangat ramai bangla kecuali tugas2 bermusim spt kutip buah

Satu lagi, mungkin I yang tak perasan, tapi I rasa macam tak pernahla pulak tengok bangla2 yang korek jalan atau buat bangunan.. mostly memang mat saleh yang pakai safety lengkap dengan jentera moden..
Quote Meiizu 1-12-2022 01:58 PM
Angkut pemalas penerima zakat baitulmal tak keje tu...pandai sgt takut keje nanti tak dpt dah bantuan
Quote lattehazelnut 1-12-2022 02:00 PM
Jujur je la nak bayar gaji harga hamba abdi, kje 6/7 hari seminggu, 10 jam sehari, xnak bayar epf socso..
Quote shernazz 1-12-2022 02:02 PM
Boleh je kau buatkan lesen utk depa
Tp takut depa lari kan...pastu bila depa langgar orang..mcmana?
Quote Decaffeinated 1-12-2022 02:41 PM
ekselen replied at 1-12-2022 12:38 PM
Ntahnya...cer tanya bangla tu sume gaji bape dibyr... Kalo byr gaji yg berbaloi tu ramai je yg nak ...

Bayar gaji buruh ikut rate bangla pun harga barang dah macam yahudi, harga rumah mampu tengok.

Nak bayar lokal kerja buruh good luck lah. Memang tak kan terjadi.


Quote gangerina 1-12-2022 02:47 PM
Hikariful replied at 1-12-2022 01:30 PM
Kalu kat Ostrolia dan NZ, kedai2 kecik jual dan servis jentera berat utk ladang bersepah kat tepi2 j ...

i setuju.... elok je mat salleh tu semua buat keje 3D  tu..

Quote margo20 1-12-2022 02:51 PM
Jgn nk kencing la tgk bersepah je melayu jual jeruk tepi jalan itu lg bahaya dr kerja di ladang
Quote grouper 1-12-2022 02:52 PM
Macam majoriti majikan kat malaysia ni nak untung semaksimum mungkin..
Quote copy_paste 1-12-2022 03:17 PM
"Ini bukan soal gaji saja kerana tiada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di ladang dan luar bandar seperti Cameron Highlands. Mereka lebih berminat untuk bekerja di bandar," katanya.


hahahahha,ingat org tempatan ni xnk ke,kalau gaji berbaloi xde masalah,xde la org tempatan kerja secara haram kutip buah kat ausi, tanam sayur kat korea,

ini soal upah bukan soal kerja 3D....
Quote greantea 1-12-2022 03:18 PM
tang ko bagi gaji ciput, xde epf socso kwsp, xde insurans x nak sebut ker?
pekerja asing tu kalo mati, ko tanam jek dlm kebun bukan org tahu kan.
Quote copy_paste 1-12-2022 03:20 PM
ekselen replied at 1-12-2022 12:38 PM
Ntahnya...cer tanya bangla tu sume gaji bape dibyr... Kalo byr gaji yg berbaloi tu ramai je yg nak ...

ye betul, alasan je, kat korea kat ostolia tu ramai warga tempatan kerja tanam sayur secara haram,boleh je kerja,nape kat malaysia diorg xboleh.. padahal kerja kat sana lebih berisiko
Quote ekselen 1-12-2022 04:09 PM
Decaffeinated replied at 1-12-2022 02:41 PM
Bayar gaji buruh ikut rate bangla pun harga barang dah macam yahudi, harga rumah mampu tengok.

Na ...

Hahahaha itulah...selamanya laaa bg alasan yg sama...
Quote ifanonline 1-12-2022 04:13 PM
majikan cina suka cekik darah...bayar gaji rendah nak kerja mcm seladang tak dpt la

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.173161 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top