View: 1857|Reply: 34
|
Terpaksa Upah Pekerja Asing Bawa Lori Tanpa Lesen- Orang Malaysia Tak Nak Kerja Ladang, Kotor, Sukar, Bahaya Katanya
[Copy link]
|
|
Cameron Highlands: Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands tidak menafikan terdapat segelintir pengusaha ladang di kawasan tanah tinggi itu mengupah pekerja asing sebagai memandu kenderaan komersial.
Presidennya Datuk Chai Kok Lim berkata, ia bukan sahaja menjadi kesalahan daripada segi undang-undang, malah perbuatan itu turut membahayakan keselamatan pekerja serta pengguna jalan raya lain.
Menurutnya, kebanyakan pengusaha ladang di kawasan berkenaan menggaji warga tempatan dan Orang Asli sebagai pemandu kenderaan untuk mengangkut hasil ladang ke kawasan tertentu.
Foto: Harian Metro
"Namun tidak dinafikan ada pengusaha ladang yang mengambil kesempatan menggunakan pekerja asing untuk memandu kenderaan seperti pacuan empat roda atau lori.
"Walaupun ada permit kerja, tetapi mereka tidak mempunyai lesen memandu dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara ini.
"Keadaan ini berlaku disebabkan masalah kekurangan pekerja di ladang sehingga majikan tiada pilihan. Selain melakukan pelbagai kerja menguruskan tanaman dan mengangkut hasil tanaman, pekerja asing terbabit turut digunakan untuk memandu kenderaan," katanya kepada Harian Metro.
Chai berkata, warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor terbabit kerana menganggap ia pekerjaan 3D (kotor, sukar, bahaya).
"Ini bukan soal gaji saja kerana tiada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di ladang dan luar bandar seperti Cameron Highlands. Mereka lebih berminat untuk bekerja di bandar," katanya.
Katanya, sektor perladangan dan pertanian sudah berdepan masalah kekurangan pekerja asing sejak lebih setahun lalu.
Dia berkata, beberapa perbincangan sudah diadakan bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan untuk memohon kemasukan pekerja asing antara 5,000 ke 8,000 orang sejak tahun lalu.
Ketika ini katanya, warga asing yang bekerja di sektor berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.
Beliau berharap kerajaan baharu membantu pengusaha ladang dan menyelesaikan isu kekurangan pekerja di sektor itu sebagai usaha merancakkan kembali ekonomi. -CARI
Sumber: Harain Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan nak bayar gaji murah… |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia pon x nak..ngata ank orng...pulok |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa ler sangat tapi sebenarnya boleh bayar gaji murah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu bila orang Melayu (Cina toksah cakap la, lagi rela ke Kemboja) tidak mahu dijadikan hamba abdi, mulalah dengan stigma Melayu Malasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas lama duk kerja dalam ofiz ni, rasa lagi tenang kerja ladang mcm ni... bekerja dengan alam semulajadi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 1-12-2022 12:40 PM
Artemesiaa replied at 1-12-2022 11:59 AM
Terpaksa ler sangat tapi sebenarnya boleh bayar gaji murah kan
Ntahnya...cer tanya bangla tu sume gaji bape dibyr... Kalo byr gaji yg berbaloi tu ramai je yg nak keja.. Alasan je tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu kat Ostrolia dan NZ, kedai2 kecik jual dan servis jentera berat utk ladang bersepah kat tepi2 jalan.. sebab tu depa tak perlu sangat ramai bangla kecuali tugas2 bermusim spt kutip buah
Satu lagi, mungkin I yang tak perasan, tapi I rasa macam tak pernahla pulak tengok bangla2 yang korek jalan atau buat bangunan.. mostly memang mat saleh yang pakai safety lengkap dengan jentera moden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Angkut pemalas penerima zakat baitulmal tak keje tu...pandai sgt takut keje nanti tak dpt dah bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur je la nak bayar gaji harga hamba abdi, kje 6/7 hari seminggu, 10 jam sehari, xnak bayar epf socso.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je kau buatkan lesen utk depa
Tp takut depa lari kan...pastu bila depa langgar orang..mcmana? |
|
|
|
|
|
|
|
Bayar gaji buruh ikut rate bangla pun harga barang dah macam yahudi, harga rumah mampu tengok.
Nak bayar lokal kerja buruh good luck lah. Memang tak kan terjadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
i setuju.... elok je mat salleh tu semua buat keje 3D tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn nk kencing la tgk bersepah je melayu jual jeruk tepi jalan itu lg bahaya dr kerja di ladang |
|
|
|
|
|
|
|
Macam majoriti majikan kat malaysia ni nak untung semaksimum mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ini bukan soal gaji saja kerana tiada anak tempatan yang berminat untuk bekerja di ladang dan luar bandar seperti Cameron Highlands. Mereka lebih berminat untuk bekerja di bandar," katanya.
hahahahha,ingat org tempatan ni xnk ke,kalau gaji berbaloi xde masalah,xde la org tempatan kerja secara haram kutip buah kat ausi, tanam sayur kat korea,
ini soal upah bukan soal kerja 3D.... |
|
|
|
|
|
|
|
tang ko bagi gaji ciput, xde epf socso kwsp, xde insurans x nak sebut ker?
pekerja asing tu kalo mati, ko tanam jek dlm kebun bukan org tahu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul, alasan je, kat korea kat ostolia tu ramai warga tempatan kerja tanam sayur secara haram,boleh je kerja,nape kat malaysia diorg xboleh.. padahal kerja kat sana lebih berisiko
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-12-2022 02:41 PM
Bayar gaji buruh ikut rate bangla pun harga barang dah macam yahudi, harga rumah mampu tengok.
Na ...
Hahahaha itulah...selamanya laaa bg alasan yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
majikan cina suka cekik darah...bayar gaji rendah nak kerja mcm seladang tak dpt la |
|
|
|
|
|
|
| |
|