Hikayat Putera Shazlan, itu gelaran yang masih digunakan segelintir peminat Fimie Don biarpun drama bersiri itu ditamatkan siarannya sekitar 12 tahun lalu.
Fimie, 24, berkata, transisi fasa remaja ke alam dewasa merupakan fasa paling sukar terutama bagi dirinya yang bergelar pelakon sejak kanak-kanak. “Dia macam Harry Potter. Sehingga ke hari ini, orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama juga dengan saya, sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Shazlan. “Abang Khir Rahman pernah beritahu, transisi kanak-kanak ke remaja dah selesai. Sekarang dari remaja ke dewasa tu yang susah. Sebab kalau kita tengok pelakon-pelakon kanak-kanak lain seperti Aedy Ashraf dan Shaheizy Sam pernah diam seketika sebelum buat comeback.
“Alhamdulillah, agak sukar untuk berada dalam posisi saya yang masih ada job. Tapi saya ambil kesempatan dalam fasa sukar itu untuk belajar lebih lagi berkenaan bidang lakonan,” katanya kepada Gempak. Fimie berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
|
umbut replied at 1-12-2022 01:59 PM
Cam pelakon home alone. Kecik comel dah besar x hencem
dudaberhias replied at 2-12-2022 01:25 AM
masalahnya ko pun muda lagi... memang la babyface dek... dalam umo 30an nanti baru la nampak kertu s ...
ADVERTISEMENT