Kelunakan suara penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti membawa lagu daripada Marsha mencuri perhatian selepas berkongsi satu video di TikTok.
Menerusi video yang dikongsi, terlihat anak bongsu Tokti khusyuk mendengar nyanyian ibunya yang begitu merdu mengalunkan lagu ‘Cinta’. Tokti sangat menghayati lagu tersebut walaupun lagu yang dinyanyikan boleh dikatakan agak susah kerana nadanya begitu tinggi.
Menerusi ruang kapsyen, Tokti bertanya kepada anaknya yang cuba memahami apa yang dilakukannya. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat memuji suara Tokti yang sungguh merdu dan langsung tidak bingit, lebih-lebih lagi pada bahagian nada tinggi. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT