CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Perkara Mudah Apabila Sudah Berkahwin, Ada Anak Dan Buat A Sampai Z", ND Lala Bangga Dengan Shila

1-12-2022 08:53 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5226| Komen: 44





Baru-baru ini, program realiti TV kegemaran ramai, Gegar Vaganza 9 (GV9) telah melabuhkan tirainya menyaksikan Shila Amzah mendapat tempat ketiga.

Sebagai seorang bapa, penyanyi era 80-an Datuk ND Lala bersyukur dan bangga dengan pencapaian anaknya itu kerana baginya bukan mudah untuk Shila membuat persembahan yang sehabis baik dari segi vokal dengan adanya komitmen sebagai seorang ibu, katanya seperti mana dipetik dari Gempak.

"Dari segi kapasiti dia sekarang, dari segi vokal dan komitmen dia sangat tight maknanya bukan seratus peratus menyanyi sahaja tetapi tugas dia menyeluruh.

"Jadi berdasarkan semua yang ditempuh dan dia dapat membuat persembahan sebagus ini, saya bersyukur.


"Kerana ia bukan perkara yang senang apabila anda sudah berkahwin, ada anak dan buat A sampai Z dalam kehidupan seharian.

"Dalam masa yang sama perlu fokus kepada kerjaya dan berada dalam satu pertandingan yang levelnya tinggi.

"Jadi dapat membuat persembahan yang baik itu pun dah cukup bagi saya," katanya.


Mengulas mengenai persembahan Shila sepanjang program GV9, ini komen ND Lala.

"Kadang-kadang kita kena menilai dari segi keseluruhan. Sebagai contoh pelakon, ada pelakon-pelakon memang banyak anugerah.

"Kemudiannya pada tahun ini dia kalah,mungkin ia tidak semestinya ditentukan oleh keupayaan diri dia sahaja, tergantung pula kepada peranan yang diberikan kepada diri dia dalam watak atau filem berkenaan.

"Sama juga lagu, lagu mana yang dapat dia peragakan atau pertontonkan kebolehan dia. Kadang-kadang dapat lagu yang sesuai kadang-kadang tidak.


"Tetapi penyanyi terutamanya penghibur haruslah boleh dipelbagaikan. Kalau meilhat dari minggu pertama hingga kesebelas, saya melihat ia sebagai showcase.

"Sebab Shila membuat persembahan dengan sangat baik di peringkat antarabangsa dan ini seperti dia punya showcase. Dia juga sudah berikan yang terbaik jadi bagus jufa untuk diri dia," ujarnya.

Terdahulu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara dan Bob pula ditempat kedua. Kemenangan mereka turut dipertikai oleh sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgojesss 1-12-2022 05:13 AM
ok





Quote lyshafull 1-12-2022 06:02 AM
Statement x nk kalah
Quote azieshah9317 1-12-2022 06:09 AM
ank nd lala yg bjaya dan dikenali ramai ni hnya shila amzah je ke?
Quote Idego 1-12-2022 06:20 AM
Ye lahh..kalau komen "xila dah lakukan yg terbaik, saya berbangga dgn dia"..pun dah ok..ni berjela2 justification nyer..lg org nyampah..peserta lain pun ada family nk diuruskan..ada komitmen..mehhh sgt
Quote jihyomelly 1-12-2022 06:50 AM
oooo anak slalu sebut dia penyanyi international ni apak pun sebut international….ok la korang family penyanyi international malas nak cakap
Quote fadz84 1-12-2022 07:14 AM
azieshah9317 replied at 1-12-2022 06:09 AM
ank nd lala yg bjaya dan dikenali ramai ni hnya shila amzah je ke?

Iye.. adiknya Syada tu sendu amat.. hehe
Quote msdummy.2018 1-12-2022 07:20 AM
Acik forruner ni ramai jerh single mother and buat dr a sampai z....yang dah kawin tp kena buat sndr a-z pun ramaiiiii...tolong bukak mata sikit
Quote Katanya 1-12-2022 07:35 AM
Halah halah halah member aku bergolok gadai emas buat trading mlm ko dulu tu buat semua sampai a to z
Quote babycc 1-12-2022 07:40 AM
Siap ckp anak dpt lagu yg salah.. da lagu lak disalahkan.. anak die ttp x salah
Quote ashilalat 1-12-2022 08:08 AM
Pak Lalat dgn Shilalat ni perangai sama. Org lain je salah. Diri sendiri sentiasa betul. Phuiiiii....meluat.

Jac tu lg  ibu tunggal anak 2. Takde pon merungut. Dh mmg anak ko si shilalat ni x sedap. Banyak plak alasan bila dah kalah.
Quote sarah_ary2 1-12-2022 08:31 AM
International sgt ahaha
Quote zamzam 1-12-2022 08:39 AM
Tahniah shila dpt no. 3 xsempat tgk gv sbb sibuk dgn world cup...haha.
Quote hayrin86 1-12-2022 08:53 AM
zamzam replied at 1-12-2022 08:39 AM
Tahniah shila dpt no. 3 xsempat tgk gv sbb sibuk dgn world cup...haha.

Sama la, dari awal kewujudan GV lagi taknah tgk lagi rancangan yang tidak berfaedah ini sebab tiada aksi.. Maknanya GV nih dah senasib dengan AF pada 2006 dan Imam Muda Astro pada 2010..

Quote TomyamPuteh 1-12-2022 08:54 AM
Tahniah Shila. Dgn kutuk2 org tak akan membuatkan anda jadi lebih baik.
Quote supernaturalee 1-12-2022 08:55 AM
Sebab Shila membuat persembahan dengan sangat baik di peringkat antarabangsa dan ini seperti dia punya showcase


waaaa
gv ni mcm showcase je katanya
shila pny struggle bersungguh2
stress bagai, gini je komen nya
mmmmm

Quote anony-mous 1-12-2022 09:19 AM
Jack n dia sama je kn jnda? Ank jack lebih dari sorang kn? Pdn muka pemenat xila ni. Bising2 tnya kenapa ramai xsuka dia. Now, u know
Quote anony-mous 1-12-2022 09:20 AM
fadz84 replied at 1-12-2022 07:14 AM
Iye.. adiknya Syada tu sendu amat.. hehe

Sgt x lawa plak tu si syada tu. Perangai jenis kuat gaduh jgk kan?
Quote KamikuP 1-12-2022 10:12 AM
Sejak bila pulak si ND ni dapt datuk..?
Anyway, ND Lala dan Suliza Salam bole buat group wasap sesama sendiri. Anak tak salah org lain yg salah bole gitu?
Quote doubleA 1-12-2022 10:19 AM
Ok la yg penting takda power point slide dah

Ok paklalat point taken

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037450 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top