View: 4769|Reply: 43
|
"Bukan Perkara Mudah Apabila Sudah Berkahwin, Ada Anak Dan Buat A Sampai Z", ND Lala Bangga Dengan Shila
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, program realiti TV kegemaran ramai, Gegar Vaganza 9 (GV9) telah melabuhkan tirainya menyaksikan Shila Amzah mendapat tempat ketiga.
Sebagai seorang bapa, penyanyi era 80-an Datuk ND Lala bersyukur dan bangga dengan pencapaian anaknya itu kerana baginya bukan mudah untuk Shila membuat persembahan yang sehabis baik dari segi vokal dengan adanya komitmen sebagai seorang ibu, katanya seperti mana dipetik dari Gempak.
"Dari segi kapasiti dia sekarang, dari segi vokal dan komitmen dia sangat tight maknanya bukan seratus peratus menyanyi sahaja tetapi tugas dia menyeluruh.
"Jadi berdasarkan semua yang ditempuh dan dia dapat membuat persembahan sebagus ini, saya bersyukur.
"Kerana ia bukan perkara yang senang apabila anda sudah berkahwin, ada anak dan buat A sampai Z dalam kehidupan seharian.
"Dalam masa yang sama perlu fokus kepada kerjaya dan berada dalam satu pertandingan yang levelnya tinggi.
"Jadi dapat membuat persembahan yang baik itu pun dah cukup bagi saya," katanya.
Mengulas mengenai persembahan Shila sepanjang program GV9, ini komen ND Lala.
"Kadang-kadang kita kena menilai dari segi keseluruhan. Sebagai contoh pelakon, ada pelakon-pelakon memang banyak anugerah.
"Kemudiannya pada tahun ini dia kalah,mungkin ia tidak semestinya ditentukan oleh keupayaan diri dia sahaja, tergantung pula kepada peranan yang diberikan kepada diri dia dalam watak atau filem berkenaan.
"Sama juga lagu, lagu mana yang dapat dia peragakan atau pertontonkan kebolehan dia. Kadang-kadang dapat lagu yang sesuai kadang-kadang tidak.
"Tetapi penyanyi terutamanya penghibur haruslah boleh dipelbagaikan. Kalau meilhat dari minggu pertama hingga kesebelas, saya melihat ia sebagai showcase.
"Sebab Shila membuat persembahan dengan sangat baik di peringkat antarabangsa dan ini seperti dia punya showcase. Dia juga sudah berikan yang terbaik jadi bagus jufa untuk diri dia," ujarnya.
Terdahulu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara dan Bob pula ditempat kedua. Kemenangan mereka turut dipertikai oleh sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ank nd lala yg bjaya dan dikenali ramai ni hnya shila amzah je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lahh..kalau komen "xila dah lakukan yg terbaik, saya berbangga dgn dia"..pun dah ok..ni berjela2 justification nyer..lg org nyampah..peserta lain pun ada family nk diuruskan..ada komitmen..mehhh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
oooo anak slalu sebut dia penyanyi international ni apak pun sebut international….ok la korang family penyanyi international malas nak cakap |
|
|
|
|
|
|
|
azieshah9317 replied at 1-12-2022 06:09 AM
ank nd lala yg bjaya dan dikenali ramai ni hnya shila amzah je ke?
Iye.. adiknya Syada tu sendu amat.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Acik forruner ni ramai jerh single mother and buat dr a sampai z....yang dah kawin tp kena buat sndr a-z pun ramaiiiii...tolong bukak mata sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah halah member aku bergolok gadai emas buat trading mlm ko dulu tu buat semua sampai a to z |
|
|
|
|
|
|
|
Siap ckp anak dpt lagu yg salah.. da lagu lak disalahkan.. anak die ttp x salah |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Lalat dgn Shilalat ni perangai sama. Org lain je salah. Diri sendiri sentiasa betul. Phuiiiii....meluat.
Jac tu lg ibu tunggal anak 2. Takde pon merungut. Dh mmg anak ko si shilalat ni x sedap. Banyak plak alasan bila dah kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah shila dpt no. 3 xsempat tgk gv sbb sibuk dgn world cup...haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la, dari awal kewujudan GV lagi taknah tgk lagi rancangan yang tidak berfaedah ini sebab tiada aksi.. Maknanya GV nih dah senasib dengan AF pada 2006 dan Imam Muda Astro pada 2010..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Shila. Dgn kutuk2 org tak akan membuatkan anda jadi lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab Shila membuat persembahan dengan sangat baik di peringkat antarabangsa dan ini seperti dia punya showcase
waaaa
gv ni mcm showcase je katanya
shila pny struggle bersungguh2
stress bagai, gini je komen nya
mmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Jack n dia sama je kn jnda? Ank jack lebih dari sorang kn? Pdn muka pemenat xila ni. Bising2 tnya kenapa ramai xsuka dia. Now, u know |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 1-12-2022 07:14 AM
Iye.. adiknya Syada tu sendu amat.. hehe
Sgt x lawa plak tu si syada tu. Perangai jenis kuat gaduh jgk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila pulak si ND ni dapt datuk..?
Anyway, ND Lala dan Suliza Salam bole buat group wasap sesama sendiri. Anak tak salah org lain yg salah bole gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la yg penting takda power point slide dah
Ok paklalat point taken |
|
|
|
|
|
|
| |
|