Seorang lelaki mendedahkan kakaknya menjadi mangsa hamba seks suami berhati binatang. Menurut individu berkenaan, ketika itu kakaknya sedang berpantang selepas melahirkan anak tetapi si suami masih berkeras mahu mengadakan hubungan kelamin.
Perkara yang lebih menyayat hati apabila kisah tersebut didakwa berakhir dengan wanita malang itu maut di tangan suami. "Ceritanya bermula apabila arwah kakak aku berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan sempurna di mata dia daripada segi kerjaya, harta dan paras rupa. "Setahun lepas mereka berkahwin, arwah kakak aku disahkan mengandung anak kembar," katanya di platform Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Confession (IIUMC). Berita gembira tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penulis mengakui kakaknya mempunyai komplikasi rahim sejak fasa kehamilan. "Doktor sahkan arwah kakak aku ni kategori high-risk pregnancy' sebab dua kali dia tumpah darah yang berpunca daripada suami dia sendiri. "Doktor dah nasihatkan suaminya masa tumpah darah kali pertama jangan 'sentuh' kakak dan diminta menahan keinginan seksual," terangnya. Bagaimanapun, seperti mencurah air ke daun keladi, nasihat tersebut tidak diendahkan lelaki durjana itu dan si isteri terpaksa melayani nafsu buas suaminya. "Selepas kakak lahirkan anak kembarnya dan ketika itu dia sedang berpantang, si suami pulang dalam keadaan marah dan melakukan perbuatan terkutuk. "Satu perbuatan yang kami sekeluarga tak akan maafkan sampai sekarang. Ketika itu kakak sedang tidurkan anak kembarnya. "Kemudian si suami datang dan memaksa kakak untuk melayaninya walaupun doktor dah beritahu kakak ada banyak kesan koyak selepas bersalin di bahagian sulitnya," ujar penulis. Penulis menyatakan keluarganya sememangnya tidak bersetuju untuk membiarkan kakaknya berpantang berseorangan di rumah tetapi si suami mempunyai pandangan yang berbeza. "Si suami mahukan kakak saya untuk berpantang di rumahnya dan mengatakan dia dah bayar Confinement Lady (CL) untuk jaga arwah kakak. "Kami sekeluarga tak bersetuju sebab itu kali pertama arwah kakak bersalin dan berpantang tanpa ada pengalaman tetapi suaminya tetap berkeras," cerita penulis. Kerisauan penulis dan keluarganya terbukti benar apabila apa yang menyusul selepas itu hanyalah kemudaratan kepada kakaknya. Pada malam kejadian, kakak penulis meninggalkan pesanan elektronik kepada penulis meminta dia dan keluarganya datang ke rumah. "Masa tu kami memang tak fikir apa-apa sebab kami semua ingat kakak rindu dekat keluarga. "Apabila sampai, tiba-tiba jiran sebelah rumah arwah kakak datang jumpa dan beritahu yang anak arwah kakak tak berhenti-henti menangis. "Kami tak fikir panjang terus masuk rumah mencari arwah kakak dan anak-anaknya," kata penulis seperti menghidu sesuatu yang tidak kena. Lebih mencurigakan apabila rumah kakaknya berada dalam keadaan gelap dengan hanya lampu dapur dan lampu tingkat atas yang dinyalakan manakala kelibat si suami tidak kelihatan. "Apabila mak kami terjah bilik kakak, mak meraung menangis memanggil arwah kakak. "Kami sekeluarga terkejut melihat keadaan arwah kakak yang dah tak sedarkan diri dalam keadaan katil penuh darah. "Aku tak banyak cakap aku terus call ambulans dan polis untuk meminta bantuan mereka," kata penulis. Namun begitu, ternyata mereka sudah terlambat dan si kakak telah pergi meninggalkan mereka kira-kira dua jam yang lalu. "Apabila pasukan perubatan datang check, mereka kata arwah meninggal akibat pendarahan yang terlalu banyak. "Aku cuba call suami arwah berkali-kali tapi tak dapat. "Dekat situ aku mula syak sesuatu dan tak sedap hati sebab polis kata rumah kakak aku tak ada kesan pecah masuk," kata penulis yang seperti sudah mempunyai suspek dalam mindanya. Dua minggu selepas itu, setelah segala bukti forensik dirujuk, dalang kematian kakak penulis dapat dituding kepada si suami. "Dia diberkas ketika cuba melarikan diri dari roadblock di kawasan utara tanah air. "Pihak polis terangkan kepada kami punca suaminya bertindak begitu sebab tengok video tip layanan batin yang dia dapat dari media sosial. "Dia dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat perbuatannya terhadap arwah kakak," kata penulis yang berpuas hati dengan keadilan yang ditegakkan. Namun luluh hati penulis apabila pihak polis menunjukkan kepadanya mesej yang dihantar si suami kepada kakaknya sebelum kejadian. "Kau mengandung ke berpantang ke, sakit atau tak, kau tetap kena layan nafsu batin aku. "Kalau tak, aku tak reda dan kau akan berdosa seumur hidup kau. Kau akan jadi isteri ahli neraka," demikian imbas penulis berhubung mesej yang dihantar abang iparnya. Penulis berkata kejadian itu meninggalkan trauma yang mendalam dan akan membayanginya sehingga ke penghujung hayatnya. "Kita sebagai lelaki tolong la ada common sense dalam hidup ni," kata penulis mengakhiri bicara. -CARI Sumber: mStar Online
|
Suchi replied at 30-11-2022 10:52 AM
Ada masuk dlm berita ke? Ada sapa2 yg ingat tak nih kes mana?
Katanya si suami dah kena hukum gantun ...
bakingsoda replied at 30-11-2022 11:17 AM
kan kes camni takkan la tak penah masuk berita, bukan biasa2. takkan hasanah kot
venom1 replied at 30-11-2022 11:04 AM
dalam otak fikir nak berjimak je kan? melarikan diri ke Utara. Orang sana ke? tanya je.
ADVERTISEMENT