CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Himpunan Baju Merah Boleh Merosakkan Hubungan Kaum - Rafidah Aziz

7-9-2015 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8430| Komen: 40



Oleh : TS LOO

sumber foto : www.freemalaysiatoday.com/


Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.

Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.


“Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan,” katanya di Facebook.


Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.

Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

“Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan ‘kekuatan’ sokongan yang mereka perolehi.

“Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?,” katanya.

Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.

“Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat,” tulisnya. 


sumber : http://www.thestar.com.my/

24

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote +#$!= 7-9-2015 11:37 AM
Censor la sikit muka lawa tuh. Apparaa
Quote shamsadis 7-9-2015 11:38 AM
buktikan bahawa jika cina boleh apsal Melayu tak boleh jilake
Quote LolaLoly 7-9-2015 11:53 AM
apsal sebelum ini ade orang ckp ke phimpunan baju kuning tu orang cakap baiki hubungan kaum?

Pathetic la report mcm ni..

baju kuning terang2 perkauman
Quote melia_star 7-9-2015 11:54 AM
soooooo,  apa bezanya korang dgn mereka?

takper...kita tungguuuu......
Quote Themilo 7-9-2015 11:57 AM
tahi kau la nenek! Yang baju kuning tu ko tak nak kecam plak? bajet urban dia nih.. padahal dah kena bash dengan Tun M dulu
Quote harmerz01 7-9-2015 11:57 AM
Memang betul kata akak pidah tu .....
Melayu kena matang sikit.
Banyak saluran lain lagi
Quote vongolia 7-9-2015 12:09 PM
LolaLoly replied at 7-9-2015 11:53 AM
apsal sebelum ini ade orang ckp ke phimpunan baju kuning tu orang cakap baiki hubungan kaum?

Path ...


perhimpunan baju kuning buka untuk semua kaum, for peace.
perhimpunan baju merah hanya buka untuk kaum Melayu saja, lagi poster pun tunjuk extreme juga.
Inilah perbezaanya.




Quote kecimpret 7-9-2015 12:10 PM
geng sendiri pun tak sapot


Quote peYno 7-9-2015 12:18 PM
shamsadis replied at 7-9-2015 11:38 AM
buktikan bahawa jika cina boleh apsal Melayu tak boleh jilake

bersih= bukan persifat perkauam

baju merah= himpuanan melayu laknat rasis iti menutup salahlaku pemimpin melayu mereka
Quote peYno 7-9-2015 12:19 PM
Themilo replied at 7-9-2015 11:57 AM
tahi kau la nenek! Yang baju kuning tu ko tak nak kecam plak? bajet urban dia nih.. padahal dah kena ...

baju kuning bukan perkauman sebab tu tun pon turun

baju merah cina MCA ka leh join utk pertahankan BN ka?? kenutk melayu je?
Quote Bedah.Cun 7-9-2015 12:22 PM
peYno replied at 6-9-2015 04:19 PM
baju kuning bukan perkauman sebab tu tun pon turun

baju merah cina MCA ka leh join utk pertahan ...

Mumkin MCA tiew pegang keris Melayu untuk rodok DAP
Quote mattzzx 7-9-2015 12:24 PM
mereka tak akan berani lah.......
Quote DeMax 7-9-2015 12:24 PM
LolaLoly replied at 7-9-2015 11:53 AM
apsal sebelum ini ade orang ckp ke phimpunan baju kuning tu orang cakap baiki hubungan kaum?

Path ...

Sokong...mata sepet diwakili DAP, kulit mendung diwakili CheDet....memang pendatang semua

Quote primemova 7-9-2015 12:27 PM
Kenapa pulak boleh jd perpecahan kaum? Himpunan baju merah terbuka kpd semua bangsa.... Everyone is welcome
Quote missDollie 7-9-2015 01:10 PM
apa yang baju merah nak tuntut?
Quote magnus 7-9-2015 01:15 PM
Setuju dgn mokcik ni...tp kalau nak buat pun tolong buat kat bukit bintang..lebih molek buat je kat stadium..jgn kencing merata wokeh
Quote kecimpret 7-9-2015 01:18 PM
missDollie replied at 7-9-2015 01:10 PM
apa yang baju merah nak tuntut?

dorang nak tuntut pilihanraya berat sebelah skg diteruskan smp bila2...amalan korupsi dinegara ini jgn dihapuskan dan paling penting sekali dorang nak tuntut najib kekal jd PM



Quote akusukaq 7-9-2015 01:45 PM
primemova replied at 7-9-2015 04:27 AM
Kenapa pulak boleh jd perpecahan kaum? Himpunan baju merah terbuka kpd semua bangsa.... Everyone is  ...

Hak rakyat utk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan . Terbuka utk semua . Mengapa ada yg gusar
Quote Emperor95 7-9-2015 02:10 PM
Tiada komen. Harap ianya bukan perhimpunan sia2.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118721 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top