Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang ibu naik ke pentas mengambil segulung Diploma untuk arwah anaknya. Itulah yang dilalui penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skril diploma miliknya di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu meskipun sedih arwah tidak bersamanya namun kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran. Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
|
Untuk info, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Nora mendedahkan punca kematian anak keduanya itu kerana faktor genetik selain sudah ketentuan ajal.
ADVERTISEMENT