CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asli, Tiada Kacukan- Orang Kelantan Miliki DNA Melayu Sebenar

29-11-2022 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10088| Komen: 174

Ujian DNA yang dilakukan ke atas 11 sub-etnik menunjukkan orang Kelantan memiliki gen sebenar orang Melayu.

Pengarah Penyelidikan Biokimia Analisis Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin berkata, ia diperoleh selepas melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik untuk mengetahui rahsia DNA.


Katanya, kajian tertumpu kepada kupasan tentang rahsia DNA dan asal usul bangsa Melayu.

Foto: Kosmo

“DNA mitokondria adalah sangat unik yang hanya diwariskan oleh ibu kepada anak-anak.

“Kajian terhadap 11 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia mendapati hanya Melayu Kelantan mempunyai kumpulan DNA mitokondria yang spesifik kepada kaum dan geografi yang sangat unik dan tersendiri,” katanya yang mendapat geran kajian daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Tambahnya, DNA mitokondria orang Kelantan sedikit berbeza selepas proses ‘sampling’ mendapati orang Kelantan senang untuk dapat tiga generasi yang tulen atau tidak bercampur atau kacukan.

Menurut Zafarina, ia mungkin disebabkan ketegasan orang Melayu Kelantan dalam memilih pasangan hidup sekali gus menutup ruang untuk perkahwinan campur.

“Sampel orang Kelantan secara tidak sengaja membuktikan mereka ini adalah ‘pure’ atau asli. Bila dibandingkan, DNA orang Kelantan, orang Jawa dan dan wakil daripada sub-etnik ini nampak lebih tua daripada DNA dekat negara China,” ujar beliau.

Berdasarkan kajian juga, kita dapati genetik Melayu Kelantan mempunyai hubung kait dengan genetik Melayu Jawa. Hal ini mungkin berkait rapat dengan sejarah kerajaan Majapahit pernah menapak di Kelantan ketika zaman dahulu.

Di bahagian kesimpulan, Zafarina menyimpulkan bahawa DNA orang Melayu menunjukkan persamaan yang tinggi dengan Orang Asli Semang iaitu populasi yang paling tua di muka bumi.

“Berdasarkan kajian yang melibatkan pelbagai sub-etnik Melayu dan Orang Asli, orang Melayu ditemui mempunyai DNA mitokondira yang berusia puluhan ribu tahun, sama seperti Orang Asli Semang.

“Sempadan geografi dan politik pada hari ini telah menyebabkan pelbagai sub-etnik Melayu terlihat sebagai populasi yang berbeza. Hakikatnya, perkaitan mereka secara genetik dan hakikat kewujudan orang Melayu di Kepulauan Melayu lebih dari 50,000 tahun dahulu tidak dapat dinafikan,” tegas Zafarina.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meninggalkan pelbagai komen dan reaksi termasuklah berterima kasih kepada Zafarina diatas kajian yang menarik dan terperinci.

“Video penjelasan yang sangat bagus, saya memang suka ikuti pembentangan Dr Zafarina, apatah lagi versi ini santai dan bersifat mesra dan mudah difahami oleh golongan muda,” komen @iskandre.

“Teruskan mengkaji bangsa rahsia bangsa bertauhid dan bangsa difitnah berkurun lamanya. Nusantara bermaksud tanah yang dipecah-pecahkan. Semoga dirungkaikan segala kesimpulan pada kehidupan untuk teruskan berjihad demi agama, bangsa dan tanah air,” komen @pendakianalfitan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 29-11-2022 06:56 PM
OT: selain diaspora di Cape dan Cocos, ai baru tahu Sri Lanka pun ada bangsa Melayu
Quote Skuau 29-11-2022 07:01 PM
acaner la agaknya DNA...'king' coco lots of mix...tu???
Quote Nurdianah 29-11-2022 07:02 PM
ayam meee
Quote green~tea 29-11-2022 07:20 PM
DNA nusantara ni kalo pekat tak campor buleh agak2 je laa rupa lagu mana aihhhh....

Tak payah laa perasan terpaling asli... horkehhhhh
Quote sharlenetexas 29-11-2022 07:22 PM
Tapi ada yang lebih bangga dengan lots of mix.

Quote jas7512 29-11-2022 07:23 PM
Penipu..bkn melayu kelantan campur dna siam ke
Quote intan244 29-11-2022 07:24 PM
50ribu tahun? nabi Adam turun ke bumi pon dlm 8000 tahun lepas aku baca. melayu ni keturunan jin kah.
Quote doubleharmonic 29-11-2022 07:36 PM
ghupanya babi terbang ni melayu sebenar bukan leluhur belah sana


[youtube]Y4fp5a0mBnc[/youtube]

Quote Firenzza 29-11-2022 07:36 PM
intan244 replied at 29-11-2022 07:24 PM
50ribu tahun? nabi Adam turun ke bumi pon dlm 8000 tahun lepas aku baca. melayu ni keturunan jin kah ...

Mungkin saki baki keturunan yg dibinasakan kerana engkar sembah tuhan
Quote dua_chzy 29-11-2022 07:43 PM
Edited by dua_chzy at 29-11-2022 11:47 AM
intan244 replied at 29-11-2022 11:24 AM
50ribu tahun? nabi Adam turun ke bumi pon dlm 8000 tahun lepas aku baca. melayu ni keturunan jin kah ...


Banyak bukti menunjukkan manusia wujud sebelum Ice Age lagi dan punya peradaban tinggi di zaman silam. Piramid Gunung Padang yang femes di Ndon tu contohnya, usianya dijangka sekitar 28,000 tahun. Tapi historians, archeologists, even orang2 agama sendiri tak boleh terima hal ini kerana bertentangan dengan fakta/norma yang disuap kat kita selama ini.

Sister boleh tengok dokumentari Ancient Apocalypse kat Netflix. Ada pasal ni. Buat kita berfikir juga. @dani-rox musti dah tengok.
Quote dua_chzy 29-11-2022 07:44 PM
jas7512 replied at 29-11-2022 11:23 AM
Penipu..bkn melayu kelantan campur dna siam ke

Tapi Melayu Siam kan? Lojik kot sis.
Quote Body_language 29-11-2022 07:45 PM
ikutkan DNA orang asli (Senoi) byk sama dgn org Siam (bukan Tai tp Siam asli), dan org pribumi indocina lain yg xde mix Cina mcm cham. org2 mon khmer ni. DNA org utara dgn pantai timur mmg byk sama dgn diorg. so tak heran DNA diorg plg tua kat tanah melayu

DNA belah selatan lak byk sama dgn borneo, filipina and of course Indon. Dan DNA diorg pon byk sama dgn Melayu Proto.
Quote SonicSiLandak 29-11-2022 07:59 PM
@tumpanglalu74

letak gif kepala bapak tu kat sini jap

Quote batu kikir 29-11-2022 08:02 PM
Tak dinafikan DNA Melayu N9 mungkin lagi tua dari DNA Melayu Kelantan.  
Quote printercomel 29-11-2022 08:14 PM
Kajian kelakar. 1950an kelantan pusan pelacuran terbesar negara dan dah tentu la banyak dna asing.  terhasil.
Quote krustykrab 29-11-2022 08:19 PM
Penipu lah...diorg la paling kebangga ada darah siam, paki, bangla..tgk jahlopak tu bangga keturunan bangla
Quote matchstick 29-11-2022 08:23 PM
Kelate kan serambi mekoh. selain mix siey, mix arob, paki pun ramai jgk.cth family lopak tu ler..now makin berkembang even soltan n kerabat pun tak hingin kekalkan DNA melayu asli.tgk la bini2 dan ex bini diorg
Quote haruslah 29-11-2022 08:25 PM
Sejenis terpaling
Quote Tunan 29-11-2022 08:29 PM
doubleharmonic replied at 29-11-2022 07:36 PM
ghupanya babi terbang ni melayu sebenar bukan leluhur belah sana

Org Pas macam ko mcm Hadi Awang mmg suka membabi kan org ya?

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057650 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top