BACHOK: Seorang pesara kerajaan patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar seekor buaya sedang melintas jalan raya di Kampung Kubang Telaga, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Rossazali Abdullah, 61, yang menunggang motosikalnya terbabas ke dalam kawasan lumpur yang terletak di bahu jalan. Rossazali berkata, semasa kejadian, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Anda, Pasir Puteh dari Kampung Gunong di sini. Dakwanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia tidak sempat brek selepas melihat seekor buaya berukuran lebih dua meter sedang melintas jalan.
“Saya terpaksa melanggar buaya itu kerana tidak sempat menekan brek secara mengejut. Sebaik sahaja tayar depan melepasi bahagian tengah badan reptilia itu, motosikal saya tidak dapat dikawal sebelum terkena libasan ekornya. “Insiden itu menyebabkan motosikal saya terus terjunam ke dalam kawasan lumpur di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Rossazali memberitahu, dia dibawa ke wad kecemasan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian petang ini. Katanya, keputusan ujian X-ray di Hospital Tengku Anis mendapati, kaki kanannya patah akibat kemalangan itu. “Setakat ini, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana mahu menjalani proses rawatan terlebih dahulu,” ujarnya. – CARI Sumber: Utusan Online
|
Babai replied at 29-11-2022 05:35 PM
2 meter kecik je. Kalau lenyek dengan 4x4 pun arwah dah buaya tu
CiliPadiSedap replied at 29-11-2022 05:34 PM
Sis changa vokuru rumah dia kt sungai golok. Harap dia masih sihat tak kena makan boya
CiliPadiSedap replied at 29-11-2022 05:34 PM
Sis changa vokuru rumah dia kt sungai golok. Harap dia masih sihat tak kena makan boya
green~tea replied at 29-11-2022 07:22 PM
Kopek dia dah hilang sebelah kena ngap buaya..
Dah takleh cari makan gamak nya ...
CiliPadiSedap replied at 29-11-2022 08:01 PM
pelantar minyak sungai golok takde line internet kut? atau dah hanyut sampai zimbabwe kaka ...
sharlenetexas replied at 29-11-2022 08:03 PM
Gerudi atas kapal fpso je.
ADVERTISEMENT