View: 1086|Reply: 16
|
Motor Terjunam Masuk Lumpur, Lelaki Tua Patah Kaki Lepas Langgar Buaya Lintas Jalan
[Copy link]
|
|
BACHOK: Seorang pesara kerajaan patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar seekor buaya sedang melintas jalan raya di Kampung Kubang Telaga, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Rossazali Abdullah, 61, yang menunggang motosikalnya terbabas ke dalam kawasan lumpur yang terletak di bahu jalan.
Rossazali berkata, semasa kejadian, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Anda, Pasir Puteh dari Kampung Gunong di sini.
Foto: kosmo
Dakwanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia tidak sempat brek selepas melihat seekor buaya berukuran lebih dua meter sedang melintas jalan.
“Saya terpaksa melanggar buaya itu kerana tidak sempat menekan brek secara mengejut. Sebaik sahaja tayar depan melepasi bahagian tengah badan reptilia itu, motosikal saya tidak dapat dikawal sebelum terkena libasan ekornya.
“Insiden itu menyebabkan motosikal saya terus terjunam ke dalam kawasan lumpur di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Rossazali memberitahu, dia dibawa ke wad kecemasan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian petang ini.
Katanya, keputusan ujian X-ray di Hospital Tengku Anis mendapati, kaki kanannya patah akibat kemalangan itu.
“Setakat ini, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana mahu menjalani proses rawatan terlebih dahulu,” ujarnya. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Berita seram |
|
|
|
|
|
|
|
Sis changa vokuru rumah dia kt sungai golok. Harap dia masih sihat tak kena makan boya |
|
|
|
|
|
|
|
2 meter kecik je. Kalau lenyek dengan 4x4 pun arwah dah buaya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 29-11-2022 05:35 PM
2 meter kecik je. Kalau lenyek dengan 4x4 pun arwah dah buaya tu
Sempat lagi boye tu libas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik buaya tu tak patah balik ngap pakcik tu! Huuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 29-11-2022 06:11 PM
Oh motor ada break rupanya sebab kalau kat jalanraya mati2 kita dihon atau kena tendang pintu bila bagi signal nak tukar lane. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-11-2022 05:34 PM
Sis changa vokuru rumah dia kt sungai golok. Harap dia masih sihat tak kena makan boya
dah tinggal tulang temulang dlm kuburan |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-11-2022 08:01 PM
pelantar minyak sungai golok takde line internet kut? atau dah hanyut sampai zimbabwe kaka ...
Gerudi atas kapal fpso je.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-11-2022 08:03 PM
Gerudi atas kapal fpso je.
Mopu je kot... terus hanyut banjir tengkujoh sungai golok
Sawadikappp jangan balek2 dah kapp |
|
|
|
|
|
|
|
sian acik. xpasal kena dgn buaya. mujur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|