CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A.Aida Tunggu Lampu Hijau Ibu Wak Doyok, "Tahu Dia Tak Nak Menantu Janda, Kalau Ada Jodoh, Adalah"

29-11-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4188| Komen: 21

Description: Spekulasi hubungan Datuk A. Aida dengan pelakon, Wak Doyok seakan terjawab apabila penerbit sensasi itu memberi bayangan mereka sebagai ‘BFF’ (Best Friend Forever) atau sahabat selamanya.
Spekulasi hubungan Datuk A. Aida dengan pelakon, Wak Doyok seakan terjawab apabila penerbit sensasi itu memberi bayangan mereka sebagai ‘BFF’ (Best Friend Forever) atau sahabat selamanya.


Menurut pemilik rumah produksi A. Aida Production itu, ciri prihatin, penyayang dan kelakar selain berkerjaya serta bergaya seperti dirinya menjadi kriteria yang mendekatkan mereka sejak beberapa bulan lalu.


Foto: IG

“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.

“Dia seorang yang sangat ‘caring’ dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya ‘sense of humor’ serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.


“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Malah ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan anak-anaknya juga sentiasa berpesan supaya mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.



Dalam pada itu, A. Aida mengakui, dia bukan tererburu-buru mahu menamatkan status solo, sebaliknya keinginan mahu ditemani seseorang mula dirasai selepas tiga tahun sendirian.

“Saya pernah pernah serik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancuran rumah tangga, tetapi rasa fobia itu kini semakin menghilang,” katanya.

Begitupun tegas A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, restu keluarga kedua-dua belah pihak antara keutamaan sebelum membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.



Pada masa sama, dia turut maklum dengan kenyataan ibu kepada Wak Doyok sebelum ini yang menyatakan keberatan menerima menantu berstatus janda.

“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.

“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” katanya lagi.

Terdahulu A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.



Mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 25, dan Wan Azevanatassha, 20.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, namun berpisah pada 2013 dengan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 13.

Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, tetapi butiran mengenai perkahwinan tersebut tidak didedahkan.



Kemudian produser itu bertemu jodoh pula dengan pelakon Ariff Aziz, tetapi ikatan mereka terlerai pada 25 April 2019 iaitu hanya selepas 10 bulan bergelar suami isteri.

Spekulasi keintiman mereka mula diperkatakan apabila Wak Doyok berkongsi gambar ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang turut dihadiri A. Aida sambil menyertakan kapsyen ‘restu’.

Perkongsian yang menunjukkan personaliti fesyen berusia 43 tahun itu merangkul pinggang A. Aida membuatkan ruangan komen Instagramnya dibanjiri ucapan manis netizen yang merestui hubungan mereka.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-11-2022 01:36 PM
Cariklah dato2 Yang sama2 kaya denganmu..
Quote DeLuna85 29-11-2022 01:45 PM
Dorang saling bernafsu antara satu sama lain ke
Quote dani-rox 29-11-2022 01:56 PM
laku jugak mamat nih di mata janda wpun mak dia memilih menantu anak dara sajork. atau janda2 nih kecewa sgt dgn perkahwinan terdahulu sampai rosak mesin gaydar.
Quote keys 29-11-2022 02:01 PM
Kelihatannya tangan Wak nampak lembut dan cerah dari yang perempuan dalam gambar ini
Quote winky1 29-11-2022 02:27 PM
Tak minat dua2 ni. So go ahead ...I don't care
Quote bulalof 29-11-2022 02:37 PM
eloklah kalau nak buat benda yg elok walau siapa saa kamu pun....
Quote makadek 29-11-2022 02:40 PM
Mak wak doyok terciduk padan la bg hint awal
Quote makcun14 29-11-2022 02:45 PM
Kesian campur sedih kat para ibu kaun gay.
Berharap la nak standard menantu ayu suci lindungan kaabah terpaling tip top  padahal tak sedar anak laki tu lebih suka top/bottom.

Quote imanjannah 29-11-2022 02:52 PM
apa cerita bekas suami dia dulu ye, yg kata dah ada gelpren omputih tu
Quote shahirakay 29-11-2022 04:42 PM
aku masih ingat muka segi empat produser ni dulu.. jauh betul beza dengan sekarang.
Quote SherryZass 29-11-2022 04:55 PM
Jadi datin ke wak doyok nanti
Quote wallflower 30-11-2022 02:39 AM
shahirakay: aku masih ingat muka segi empa ...

Tp gigih kan aaida cari duit.x sangka dari pelakon sendu boleh keluar dari kepompong,jadi penerbit dan berjaya. Sama mcm shila rusli. Padahal diorang pelakon tempelan je,tp rezeki ke arah producing.
Quote missyL 30-11-2022 02:44 AM
Doyok ni femes kenapa eh
Quote awenda507 30-11-2022 03:06 AM
Dh tau tu paham2 jela
Quote maharani_gebu 30-11-2022 08:56 AM
aritu retis janda mana yg kena gosip dgn wak doyok ni? Lupa lar...

yg ai ingat Azrinaz Mazhar aje..
Quote Paiya 30-11-2022 09:39 AM
A. Aida
fokus je la pd bisnes
tak serik je kawin cerai?
Quote rosedemon 30-11-2022 10:05 AM
a.aida ni dedeapn cntik ke. asl laki sng nak kat dia? byk duit ke
Quote KBW2 30-11-2022 10:16 AM
Penat-penat plastic sejeri sana sini hujungnya wak doyok jah ko sambar
Quote nawtylulu 30-11-2022 02:34 PM
blh la acik.. married for benefit kott.. slalu org friend for benefit kn..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056298 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top