View: 3829|Reply: 20
|
A.Aida Tunggu Lampu Hijau Ibu Wak Doyok, "Tahu Dia Tak Nak Menantu Janda, Kalau Ada Jodoh, Adalah"
[Copy link]
|
|
Spekulasi hubungan Datuk A. Aida dengan pelakon, Wak Doyok seakan terjawab apabila penerbit sensasi itu memberi bayangan mereka sebagai ‘BFF’ (Best Friend Forever) atau sahabat selamanya.
Menurut pemilik rumah produksi A. Aida Production itu, ciri prihatin, penyayang dan kelakar selain berkerjaya serta bergaya seperti dirinya menjadi kriteria yang mendekatkan mereka sejak beberapa bulan lalu.
Foto: IG
“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.
“Dia seorang yang sangat ‘caring’ dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya ‘sense of humor’ serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.
“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya kepada Kosmo! Online.
Malah ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan anak-anaknya juga sentiasa berpesan supaya mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.
Dalam pada itu, A. Aida mengakui, dia bukan tererburu-buru mahu menamatkan status solo, sebaliknya keinginan mahu ditemani seseorang mula dirasai selepas tiga tahun sendirian.
“Saya pernah pernah serik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancuran rumah tangga, tetapi rasa fobia itu kini semakin menghilang,” katanya.
Begitupun tegas A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, restu keluarga kedua-dua belah pihak antara keutamaan sebelum membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.
Pada masa sama, dia turut maklum dengan kenyataan ibu kepada Wak Doyok sebelum ini yang menyatakan keberatan menerima menantu berstatus janda.
“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.
“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” katanya lagi.
Terdahulu A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.
Mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 25, dan Wan Azevanatassha, 20.
Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, namun berpisah pada 2013 dengan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 13.
Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, tetapi butiran mengenai perkahwinan tersebut tidak didedahkan.
Kemudian produser itu bertemu jodoh pula dengan pelakon Ariff Aziz, tetapi ikatan mereka terlerai pada 25 April 2019 iaitu hanya selepas 10 bulan bergelar suami isteri.
Spekulasi keintiman mereka mula diperkatakan apabila Wak Doyok berkongsi gambar ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang turut dihadiri A. Aida sambil menyertakan kapsyen ‘restu’.
Perkongsian yang menunjukkan personaliti fesyen berusia 43 tahun itu merangkul pinggang A. Aida membuatkan ruangan komen Instagramnya dibanjiri ucapan manis netizen yang merestui hubungan mereka. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Cariklah dato2 Yang sama2 kaya denganmu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang saling bernafsu antara satu sama lain ke |
|
|
|
|
|
|
|
laku jugak mamat nih di mata janda wpun mak dia memilih menantu anak dara sajork. atau janda2 nih kecewa sgt dgn perkahwinan terdahulu sampai rosak mesin gaydar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelihatannya tangan Wak nampak lembut dan cerah dari yang perempuan dalam gambar ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat dua2 ni. So go ahead ...I don't care |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah kalau nak buat benda yg elok walau siapa saa kamu pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian campur sedih kat para ibu kaun gay.
Berharap la nak standard menantu ayu suci lindungan kaabah terpaling tip top padahal tak sedar anak laki tu lebih suka top/bottom.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa cerita bekas suami dia dulu ye, yg kata dah ada gelpren omputih tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku masih ingat muka segi empat produser ni dulu.. jauh betul beza dengan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi datin ke wak doyok nanti |
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay: aku masih ingat muka segi empa ...
Tp gigih kan aaida cari duit.x sangka dari pelakon sendu boleh keluar dari kepompong,jadi penerbit dan berjaya. Sama mcm shila rusli. Padahal diorang pelakon tempelan je,tp rezeki ke arah producing. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu retis janda mana yg kena gosip dgn wak doyok ni? Lupa lar...
yg ai ingat Azrinaz Mazhar aje..
|
|
|
|
|
|
|
|
A. Aida
fokus je la pd bisnes
tak serik je kawin cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
a.aida ni dedeapn cntik ke. asl laki sng nak kat dia? byk duit ke |
|
|
|
|
|
|
|
Penat-penat plastic sejeri sana sini hujungnya wak doyok jah ko sambar |
|
|
|
|
|
|
|
blh la acik.. married for benefit kott.. slalu org friend for benefit kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla kawin...dedua pun xsemenggah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|