CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masya-Allah. Syurgalah Tempatmu," Ramai Kagum Faizal Tahir Islamkan Individu

29-11-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1279| Komen: 4

Description: "Masya-Allah. Syurgalah tempatmu adik," komen penyanyi popular, Anuar Zain mengenai usaha penyanyi, Faizal Tahir yang membantu mengislamkan seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah. ...
"Masya-Allah. Syurgalah tempatmu adik," komen penyanyi popular, Anuar Zain mengenai usaha penyanyi, Faizal Tahir yang membantu mengislamkan seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah.


Foto: IG

Tindakan murni penyanyi lagu Gemuruh itu mendapat reaksi positif dalam kalangan selebriti dan peminat.

Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan terharu dengan usaha berterusan yang dilakukan Faizal dalam mengislamkan seorang individu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Bagaimanapun menerusi perkongsian itu, Faizal hanya berkongsi sepotong ayat Surah An-Nasr buat tatapan umum.



"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr (The Help)," tulisnya.



Terdahulu Faizal, pernah mengislamkan seorang warganegara New Zealand di Cameron Highlands bersama pasukan Hidayah Centre Foundation pada September tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 29-11-2022 03:41 PM
Alhamdulillah. Tahniah la Pezal. Ada kemampuan, buat lah.
Quote rosedemon 30-11-2022 10:04 AM
lahh ni pon kagum. k okayyy
Quote prince_marhaen 30-11-2022 10:49 AM
TERPALING...... dulu-dulu terpaling palestine dengan Kak Jah Mata Buntang... lepas tu kata nak bersara buat kerja belakang tabir, nk tinggalkan dunia laghaaa.......sekali ehhhh...macam tiap-tiap taun keluar lagu joget2 jugak...ragaman lah apa lah...youtube channel lah...buat social experiment lah... ekekekekekeke...so into attention... hidup obses attention jugakkk
Quote johan-adx 30-11-2022 11:35 AM
rosedemon replied at 30-11-2022 10:04 AM
lahh ni pon kagum. k okayyy

besar pahalanya tu..kena kagum lah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.044719 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top