CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Pecah Masuk Restoran Zul Yahya, Curi Peralatan Besi

29-11-2022 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 948| Komen: 0

Description: Seorang lelaki disyaki memecah masuk dan mencuri peralatan besi di restoran milik seorang pelakon di Bandar Meru Raya ditahan polis pada Isnin.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ...
Seorang lelaki disyaki memecah masuk dan mencuri peralatan besi di restoran milik seorang pelakon di Bandar Meru Raya ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah kedai di Klebang Putra, Chemor pada 3.20 petang.



"Dia ditahan bersama kereta jenis Proton Persona yang digunakan semasa melakukan pecah kedai dan curi dalam kes itu," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada pelakon lelaki berusia 52 tahun itu pada 5.15 petang Ahad di Balai Polis Jelapang mengenai insiden tersebut.

Yahaya berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina dan polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kes lain. 


"Kes ini berjaya diselesaikan dan suspek akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya. 

Terdahulu, tular video pelakon Zul Yahya menunjukkan rakaman kamera litar tertutup di restoran miliknya yang memaparkan seorang lelaki memasuki premis itu ketika operasi ditutup dan membawa keluar pelbagai peralatan besi. 


Sumber: Bernama




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.046032 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top