Keadaan pelakon, Nad Zainal dilaporkan semakin baik apabila sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen dan mula membuka mata sebelum tidur semula.
Perkembangan terkini itu dimaklumkan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang turut memberitahu luka pada bahagian paru-paru pelakon Hati Yang Tersakiti itu semakin sembuh dan ia turut berfungsi dengan lebih baik. Malah, katanya, sebahagian dos ubat juga mula dikurangkan dan diberhentikan selepas doktor melihat keadaan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin stabil. “Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat. Sekali-sekala, Nad ada membuka matanya dan tidur semula.
“Syukur tidak terhingga. Terima kasih Allah SWT yang telah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas doa tulus kalian,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
|
MeowPARSI replied at 28-11-2022 07:47 PM
Alhamdulillah,, lega dapat tau nanad nye status.. Nasib si ikat ni nak update.. Kalau UI yg update.. ...
SonicSiLandak replied at 28-11-2022 05:29 PM
dah sihat esok freehair balik
annadonna replied at 28-11-2022 08:24 PM
Kalau tak ada sangat benda yg elok nak komen, maka diamlah.
ADVERTISEMENT