CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Macam Saya Ini Batak Dan Gelojoh,"- Ungku Ismail Dah Tak Nak Update Keadaan Nad Zainal

27-11-2022 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17176| Komen: 212

Description: Sejak hari pertama Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakannya yang juga aktor Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan terkini pelakon berkenaan termasuk kepad ...
Sejak hari pertama Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakannya yang juga aktor Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan terkini pelakon berkenaan termasuk kepada pihak media.


Bagaimanapun, Ungku Ismail Aziz, 36, meluahkan rasa kecewa apabila keperihatinannya disalah anggap oleh segelintir pihak yang mendakwa dia mengambil kesempatan untuk mempromosikan diri disaat ramai bimbangkan keadaan Nad yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.


Foto: IG


"Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya," katanya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, permintaan mendoakan kesihatan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, semakin menghilang apabila ada segelintir mengasak soalan peribadi yang membuatkan dia dan keluarga aktres itu kurang senang.

"Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push, dengan heading provoke. Berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja.

"Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan tidak relevan.

"Ini sudah bukan apa saya mahukan untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain," katanya.

Tambahnya, dia tidak akan lagi berkongsi perkembangan terkini aktres berkenaan kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya.

Jelas Ungku Ismail, ini bukan masanya untuk menjaja kisah peribadi mahupun kerjayanya sebaliknya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan sahabatnya itu.

"Dan saya yakin ini yang orang nak tahu bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

"Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan perkembangan tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain," katanya yang memohon agar semua pihak terus mendoakan aktres tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 27-11-2022 01:41 PM
Merajuk je bunyinya
Quote cikgojesss 27-11-2022 01:53 PM
euww dah cakap heshe ni spesis berangan hidop.. acah best yihhhhh
Quote Sunkiss8999 27-11-2022 02:08 PM
Dia ni susah nak paham..sebab tu sampai skrg xde gf lg kot..tp acik suka dia berlakon cte teman lelaki upahan tu..tu jelah..lain mcm kureng..ni pada acik laaa
Quote rosevelvet 27-11-2022 02:15 PM
Org provoke apa ye
Quote minahmanja 27-11-2022 02:16 PM
nad tu ade parents.. aku rasa better let her father yg update apa2.. or ex-husband.. uia ni belum confirm lg kan...update sikit2 ok la..
Quote doubleharmonic 27-11-2022 02:17 PM
ko laki dia ke? tak kan?
Quote doubleharmonic 27-11-2022 02:18 PM
ko bapak dia ke? tak kan?
Quote doubleharmonic 27-11-2022 02:18 PM
ko anak dia ke? tak kan?
Quote doubleharmonic 27-11-2022 02:18 PM
ko adik beradik dia ke? tak kan?
Quote doubleharmonic 27-11-2022 02:18 PM
dah tu kenapa ko pulak yang gegeh kena update mengalahkan family dia sendiri pulak hah babi?
Quote virgo19 27-11-2022 02:25 PM
Ala baru je hari tu acik2 forum puji dia lelaki matang, educated.. sebab tu nad suka.
Quote tomaz 27-11-2022 02:33 PM
minahmanja replied at 27-11-2022 02:16 PM
nad tu ade parents.. aku rasa better let her father yg update apa2.. or ex-husband.. uia ni belum co ...

Yes betul.. org tu ade makbapak lg.. komen sikit2 sudah.. mmg kawan rapat tp x manis la.. dah la org tu baru cerai pastu korang hepi2 berjalan sesama.. kalau nad x masuk wad adakah dia nak share hubungan dorang? Entah2 diam no komen sajo
Quote Heydidle 27-11-2022 02:36 PM
tomaz replied at 27-11-2022 02:33 PM
Yes betul.. org tu ade makbapak lg.. komen sikit2 sudah.. mmg kawan rapat tp x manis la.. dah la o ...

Sbnrnya apa punca nad cerai? Xde kontroversi tup2 pisah
Quote husie91 27-11-2022 03:08 PM
Sunkiss8999: Dia ni susah nak paham..sebab  ...
iols ada member dia bgtau salah satu ciri2 bapak dia tetapkan kalau nk cari suami, tengok keputusan exam dia.. bm pemahaman kena A..takleh b takleh c.. kalau teruk bm pemahaman dia mmg teruk la irl pemahaman dia.. and ni penting dalam phubungan suami isteri [em:3:] ternyata betul yach.. ironinya dia kawin dgn laki yg dpt b, mmg jenuh nak fahamkam bila ada komflik hajajaha
Quote imransulaiman 27-11-2022 03:11 PM
Salah sendiri juga. Terlebih prihatin mengalahkan family Nad... Tak semua yang kita buat orang suka. So, cukuplah berpada-pada.

Dia baru 36?? Nampak macam awal 40an je.
Quote tomaz 27-11-2022 03:11 PM
Heydidle replied at 27-11-2022 02:36 PM
Sbnrnya apa punca nad cerai? Xde kontroversi tup2 pisah

X tahu la u.. cerai pon x bgtahu bila.. tiba2 je tahu dah cerai.. xkisah la tu problem depa la kan

Moga nad cepat sihat
Quote sukacactus 27-11-2022 04:02 PM
husie91 replied at 27-11-2022 03:08 PM
iols ada member dia bgtau salah satu ciri2 bapak dia tetapkan kalau nk cari suami, tengok keputusan ...

Hahaha…laki aku bm x A pun tp ok je amat memahami cuma kena simplifies je arahan/permintaan
Maklumla otak STEM, ckp jgn berkias, straight to the point, so xde salah paham
Quote AcikBuncit 27-11-2022 04:06 PM
Mmg xmanis pn kalau ko trlalu bnyk sgt update psl nad ni directly. Mcm nad tu xda makbpak xda fmily lak..ko pn bf baru dia lps cerai.. Lg la xmanis org tgk.. Kita pn xprlu la asyik nk tau update every minute, nk tau heart rate dia stiap hari.. Ckup kita tau dia makin elok, trus mendoakan. Kalau anythg big happen bad or good pasti fmily n media bg update..tu je.. Xprlu brlebihan dlm sume bnda..
Quote jari10 27-11-2022 04:10 PM
husie91: iols ada member dia bgtau sala ...


nko punya komen ni aku setuju.. inilah jugak yg jangkaan aku tp bukan psl spouse ke apa..haha aku pening dgn staff aku sorang ni dan aku saspek dia ada problem part pemahaman atau dgn kata lain BM part pemahaman masa SPM dulu dia dapat D-

Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.089721 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top