Seorang wanita mendakwa dia tidak dibenarkan menaiki pesawat Qatar Airways kerana dianggap "terlalu gemuk" dan perlu membayar kos tambahan £2,480 (RM13,433) untuk meneruskan penerbangannya.
Model dan influencer itu, Juliana Nehme, 38, menuduh syarikat penerbangan tersebut bertindak tidak adil kerana saiznya selepas mereka didakwa enggan membenarkannya menaiki penerbangan pulang ke Brazil. Dalam posting untuk 118,000 pengikut Instagram, Juliana menjelaskan bagaimana dia bercuti di Lubnan bersama keluarganya dan tiba di negara itu melalui Air France tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang dengan Qatar Airways, dia mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangannya dari Beirut ke Doha pada 22 November. Juliana juga mendakwa syarikat penerbangan itu enggan membayar balik £830 (RM4,495) yang telah dia bayar untuk tiketnya dan sebaliknya cuba memintanya membayar £2,480 (RM13,433) untuk dinaik taraf kepada kelas pertama supaya dia boleh duduk di dalam pesawat itu. "Mereka menafikan hak saya untuk melancong. Saya terdesak, tolong saya, mereka tidak mahu saya naik kerana saya gemuk. "Sungguh memalukan syarikat seperti Qatar membenarkan diskriminasi terhadap orang ramai! Saya gemuk, tetapi saya sama seperti orang lain," ujarnya. Dia akhirnya terpaksa tinggal di sana bersama ibunya, manakala kakak dan anak saudaranya pulang ke negara asal mereka menaiki penerbangan tersebut. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
green~tea replied at 27-11-2022 12:03 PM
Kalo dia bayar untuk 3 seats maybe boleh consider kot
imransulaiman replied at 27-11-2022 12:18 PM
Kalau aku ter-duduk sebelah seat dia,...emmm taknak sambung lah...biarlah
Voyagers replied at 27-11-2022 12:54 PM
salah satu polisi Qatar Airways
It outlined its policy, saying any passenger who 'impedes the space ...
misc replied at 27-11-2022 01:03 PM
Kalau naik KLM boleh pilih seat economy comfort dah boleh lepas rasanya. Pernah travel sekali dgn co ...
ADVERTISEMENT