View: 2001|Reply: 31
|
Influencer Berang Dilarang Masuk Pesawat Sebab Gemuk Sangat
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendakwa dia tidak dibenarkan menaiki pesawat Qatar Airways kerana dianggap "terlalu gemuk" dan perlu membayar kos tambahan £2,480 (RM13,433) untuk meneruskan penerbangannya.
Model dan influencer itu, Juliana Nehme, 38, menuduh syarikat penerbangan tersebut bertindak tidak adil kerana saiznya selepas mereka didakwa enggan membenarkannya menaiki penerbangan pulang ke Brazil.
Dalam posting untuk 118,000 pengikut Instagram, Juliana menjelaskan bagaimana dia bercuti di Lubnan bersama keluarganya dan tiba di negara itu melalui Air France tanpa sebarang masalah.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/27/115812m96ai6xffiz6si8f.png) Foto: IG
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang dengan Qatar Airways, dia mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangannya dari Beirut ke Doha pada 22 November.
Juliana juga mendakwa syarikat penerbangan itu enggan membayar balik £830 (RM4,495) yang telah dia bayar untuk tiketnya dan sebaliknya cuba memintanya membayar £2,480 (RM13,433) untuk dinaik taraf kepada kelas pertama supaya dia boleh duduk di dalam pesawat itu.
"Mereka menafikan hak saya untuk melancong. Saya terdesak, tolong saya, mereka tidak mahu saya naik kerana saya gemuk.
"Sungguh memalukan syarikat seperti Qatar membenarkan diskriminasi terhadap orang ramai! Saya gemuk, tetapi saya sama seperti orang lain," ujarnya.
Dia akhirnya terpaksa tinggal di sana bersama ibunya, manakala kakak dan anak saudaranya pulang ke negara asal mereka menaiki penerbangan tersebut. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dia bayar untuk 3 seats maybe boleh consider kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku ter-duduk sebelah seat dia,...emmm taknak sambung lah...biarlah |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 27-11-2022 12:03 PM
Kalo dia bayar untuk 3 seats maybe boleh consider kot
Oh takut x muat satu kerusi. Ye la tgok lengan sebelah je dah muat seat sebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
- Saya gemuk, tetapi saya sama seperti orang lain
Copy the Code |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak body shaming, tapi gemuk nih memang kadang2 menyusahkan org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tu gemok cam babi layak dibenarkan masuk ke kandang babi jah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak balik dgn air france jer....sengaja nak buruk kan qatar airways kah |
|
|
|
|
|
|
|
naik ja qatar cargo,luas dan selesa![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk pada gambar penuh...mmg mustahil dia nak muat dgn satu economy seat |
|
|
|
|
|
|
|
makan pun silap2 dia nak lebih
aku nak suggest luggage allowance include sekali berat passenger boleh? Orang kurus patut bagi lebih sebab dia dah tolong airline jimat minyak. Fairlah kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
naik la montego air 828 sbg pilihan lain.![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu polisi Qatar Airways
It outlined its policy, saying any passenger who 'impedes the space' of others or 'cannot secure their seatbelt' may be required to purchase an addition seat
rasanya dia tak boleh secure seatbelt, sebab tu qatar airways suruh beli kerusi lain.
kalau dah termasuk dalam polisi qatar airways, dia kena follow la kot. rasanya dengan saiz dia tu, memang mustahil nak secure seatbelt |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 27-11-2022 12:18 PM
Kalau aku ter-duduk sebelah seat dia,...emmm taknak sambung lah...biarlah
dgn tidur berdengkurnya...mmmm...1 kapal terbang(penumpang la) x blh tido dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Voyagers replied at 27-11-2022 12:54 PM
salah satu polisi Qatar Airways
It outlined its policy, saying any passenger who 'impedes the space ...
ikat jer la pakai 'tali kapal'...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau naik KLM boleh pilih seat economy comfort dah boleh lepas rasanya. Pernah travel sekali dgn colleague aku dr europe sana size lebih kurang cenggini la.
Menangis marhein gemok kalau everytime travel kena naik business class. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kena sedar diri juga..
Kalau dh badan begitu..muat ke kerusi sedia ada?
Atau yg duduk sebelah menyebelah tu camne pula ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
air france ngan klm tu satu company je kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry ye bukan nak body shaming. Kekurusan aku selalu buatkan orang gemuk ni tak perasan aku duduk sebelah and sentiasa dihimpit ketika duduk di sebelah, ketika solat terhimpit kaki buatkan kaki sakit, dilanggar ketika berjalan ya. Jadi ya memang patut bayar untuk 3 seat org berisi begini. Pengalaman dengan orang-orang gemuk yang tak pernah fikir ada orang kurus di sebelah diorang buatkan aku berfikir begitu. Bukan diskriminasi tapi dikejami. |
|
|
|
|
|
|
| |
|