Umum mengetahui berita sedih mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor gara-gara mengalami paru-paru berdarah.
Susulan itu, ramai rakan selebriti mengambil peluang untuk melawat Nad Zainal bagi melihat keadaannya yang dikatakan kritikal namun semakin stabil. Tidak terkecuali, pelakon Aeril Zafrel turut meluahkan hasratnya untuk melawat Nad Zainal di hospital namun tidak berupaya. Memetik laporan Gempak, pelakon yang bakal tampil dalam drama Serpihan Sayang itu memaklumkan bahawa dia tidak mampu untuk melawat Nad Zainal di hospital kerana memiliki rasa keresahan (anxiety) akibat pengalaman peribadi.
|
che-cikL replied at 25-11-2022 05:58 PM
Ada org check attendance ke, yg dia kena justify?
ADVERTISEMENT