Gara-gara gagal menjawab ujian mendapatkan lesen kenderaan e-hailing, seorang lelaki mengamuk bersenjatakan sabit di sebuah pejabat kawasan Sungai Way, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, maklumat tersebut diterima pihaknya daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian. Katanya, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun itu mengamuk bersenjatakan sabit akibat tekanan perasaan selepas gagal ujian bagi mendapatkan lesen terbabit. “Semasa kejadian, suspek memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang lalu merosakkan harta milik syarikat tersebut.
“Dalam kejadian itu, tiada individu yang dilaporkan tercedera dan pihak polis turut bertindak menangkap suspek di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam perkembangan yang sama, suspek mengaku terlibat dalam kes yang sama selepas disoal siasat. Menurut Fakhrudin, suspek telah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya dan dibenarkan ditahan direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. “Kes disiasat dibawah Seksyen 506/426 Kanun Keseksaan,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
renko replied at 25-11-2022 05:00 PM
eh babi ni
da tangkap belasah jela sampai mampos
xlayak hidup
namr replied at 25-11-2022 06:23 PM
kalo bawak ehailing kang ko tebas customer pulak
gideoncross replied at 25-11-2022 06:35 PM
Klau Mads as Hannibal tebas iol, iol rela.
ADVERTISEMENT