Penantian rakyat Malaysia berakhir apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kira-kira pukul 5 petang Khamis, momen bersejarah itu disaksikan bukan sahaja rakyat di negara ini malah masyarakat dunia menerusi pelbagai platform digital yang menyiarkannya secara langsung. Namun di sebalik istiadat mengangkat sumpah bagi jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terselit momen lucu hingga menarik perhatian warga maya. Menerusi klip pendek yang disiarkan semula di Twiter @brgsjks, dapat dilihat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terlupa aturan istiadat sejurus menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar kelihatan berjalan menuju ke tempat duduknya untuk menandatangi Surat Cara Pelantikan sebelum tersedar bahawa dia belum melafazkan angkat sumpah jawatan. Sejurus selepas itu, Perdana Menteri kembali ke tengah Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara untuk Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10. Kesilapan kecil itu tidak menjadi isu besar sebaliknya rata-rata netizen melihat ia sebagai momen yang mencuit hati. "Nervous dia, terus nak sign mat... terlupa kena angkat sumpah dulu. "Sebelum tu tak sempat panggil nama dah bangun sendiri. "Gugup sampai lupa step dah. Tahniah DSAI," komen beberapa netizen di Twitter. Video tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial lain kerana terhibur selepas menontonnya. "Terlupa step pula. Tak apalah... rehearsal tak ada kan. "Apa-apa pun tahniah atas pelantikan (sebagai) PM ke-10. "Janji-janji jangan lupa. Rakyat is watching. It's your turn to lead the government," tulis Tengku Nasran di TikTok. Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri. Upacara disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun memperoleh 49,625 undi dengan majoriti sebanyak 3,736 undi. Beliau menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden BERSATU. -CARI Sumber: mStar Online
|
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?
supernaturalee replied at 25-11-2022 04:00 PM
segak bangnon ha
xdk perut pun
noorhairiahma replied at 25-11-2022 04:09 PM
dah tiba masanya PM kita jenis yang segak (walaupun agak tua dan semoga bertenaga nak uruskan raky ...
jfq replied at 25-11-2022 07:42 AM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?
supernaturalee replied at 25-11-2022 04:10 PM
hahaha
nk promote kesihatan pun x segan
fairiza replied at 25-11-2022 04:15 PM
Rasa rasa dia hiking lagi x los ni kat bkt gasing?
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?
pinggan replied at 25-11-2022 03:03 PM
Hahaha geng Twitter memang bias tahap langit
Cuba yg salah ni Ismail Sabri ke Muhyiddin ke, tak cuku ...
SPACE COP GABAN replied at 25-11-2022 03:34 PM
umo dah 75 kan...kategori atok2 dah tu kalau rakyat biasa ni. Semoga beliau terus sihat la hendaknya ...
tikusmontok replied at 25-11-2022 04:27 PM
Nampak sgt gelojoh
SPACE COP GABAN replied at 25-11-2022 04:34 PM
umo dah 75 kan...kategori atok2 dah tu kalau rakyat biasa ni. Semoga beliau terus sihat la hendaknya ...
ADVERTISEMENT