Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama. Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang watak-watak sebegitu walaupun ada yang mempersoalkan watak yang dibawanya.
Terbaharu, Amyra akan muncul dalam naskhah Kerasnya Takdir yang akan ditayangkan tahun hadapan. “Ya betul, saya masih bawa watak sedih untuk drama Kerasnya Takdir ini. Ada je yang kata, Amyra tak bosan ke asyik pegang watak macam ini?
“Tapi saya cakap kenapa nak bosan dah kalau itu rezeki saya,” ujarnya kepada XTRA. Selain itu, Amyra turut berpendapat penampilan berhijab mungkin menjadi batasan untuk dirinya membawakan watak-watak ‘ganas’ seperti dahulu.
“Dulu saya pernah je bawa watak antagonis, tapi ketika itu saya belum berhijab. Waktu dulu, macam macam boleh saya jayakan. Tetapi mungkin bila kita dah berhijab, ada batasan sedikit untuk menjadi ke arah ganas itu.
“Tapi kalau nak ikutkan, saya memang dari dulu banyak tawaran menjayakan watak ayu dan baik-baik ni,” katanya lagi. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|