CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyka Farhana Tak Ada Rancangan Nak Tunang Atau Kahwin Dengan Akhyar Rashid

25-11-2022 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3332| Komen: 12

Description: Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid sering menjadi perhatian dan usikan dalam kalanga ...
Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid sering menjadi perhatian dan usikan dalam kalangan warganet di laman sosial.


Pada awalnya, pasangan sejoli tersebut dilihat tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka walaupun sudah bertahun bercinta tetapi kini masing-masing dilihat lebih terbuka.

Foto: IG

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Eyka Farhana atau nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, akui keluarganya menerima baik hubungan mereka dan tiada sebarang halangan.

“Alhamdulillah semua okay, orang kata tak ada halangan apa-apa… Cuma follow the flow lah.


“Insya-Allah kalau ada jodoh,” ujarnya ringkas.



Namun begitu, pelakon drama Budak Tebing itu menjelaskan bahawa dia tidak merancang untuk ke fasa pertunangan atau perkahwinan dalam masa masa terdekat.

“Bagi saya, follow the flow tapi bukan masa terdekat sebab saya rasa macam muda lagi tapi rasa dah tua… kalau ada jodoh ada lah,” kata Eyka.



Tambahnya, dia tidak mahu beria atau berlebihan bercakap soal jodoh kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

“Saya taknak cakap banyak pasal benda (hubungan) tu sebab saya rasa macam… we never know in future macam mana so sekarang ini saya dengan dia okay, ada jodoh ada.



“We are good, we are okay, cuma saya rasa taknak nanti bila salah cakap end up tetiba kita tak tahu in future macam mana, unless kalau saya betul-betul dah kahwin dengan dia."-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 25-11-2022 03:03 PM
Yolah tgh muda bergetah mmglah xpikir jodoh. Enjoy puas2 yach....
Quote anilanil 25-11-2022 04:38 PM
Ini je la jawapan selamat. Kang tak jadi malu..
Quote bulalof 25-11-2022 04:39 PM
dah tau tak tentu jadi lagi kurangkan lah beria tu.........
Quote doubleA 25-11-2022 08:18 PM
Betul la apa dia cakap, single and available selagi belum nikah
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 08:35 PM
cuba tajuk dia jantan tu tak ada rancangan dengan budak eyka ni

mesti malu budak eyka ni khuenzzzzzzzzzzzst??

waaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
Quote miszclassique 25-11-2022 09:02 PM
Seeloknya mmg jawab je lah macam eyka ni sbb rasanya dia nak je kahwin tapi dah si jate tu tak gheti2 nak ajak... Takkan dia yg nak mulakan pulak
Quote I.K.A888990 25-11-2022 11:58 PM
budak tu kalau tak mau kawen dgn hang
hang cari la lagi better dr dia. hang pn lawa dik
Quote tenggiripink 26-11-2022 12:08 PM
lawa tu lawa tapi aura rempit tetap lekat
Quote jambatannetizen 26-11-2022 12:28 PM
tenggiripink replied at 26-11-2022 12:08 PM
lawa tu lawa tapi aura rempit tetap lekat

dia dgn mimi lana aura rempit kuat. modern mcm mana tetap aura rempit melekat.
Quote codenamedream 26-11-2022 12:39 PM
Nanti Akhyar dah tenggelam ke laut macam Safawi, bolehlah Eyka ajak kahwin. Mcm Syifa.
Quote Aneem 26-11-2022 03:01 PM
Kawin dah nikah belum.
Opss
Quote timah03 26-11-2022 03:40 PM
I.K.A888990 replied at 25-11-2022 11:58 PM
budak tu kalau tak mau kawen dgn hang
hang cari la lagi better dr dia. hang pn lawa dik

Kadang2 dah umur mcm ni... Malas nak cari lain sis...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060343 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top