Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid sering menjadi perhatian dan usikan dalam kalangan warganet di laman sosial.
Pada awalnya, pasangan sejoli tersebut dilihat tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka walaupun sudah bertahun bercinta tetapi kini masing-masing dilihat lebih terbuka. Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Eyka Farhana atau nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, akui keluarganya menerima baik hubungan mereka dan tiada sebarang halangan. “Alhamdulillah semua okay, orang kata tak ada halangan apa-apa… Cuma follow the flow lah.
“Insya-Allah kalau ada jodoh,” ujarnya ringkas.
|
tenggiripink replied at 26-11-2022 12:08 PM
lawa tu lawa tapi aura rempit tetap lekat
ADVERTISEMENT