CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Watak Sedih Je, Amyra Rosli Tak Bosan Kalau Itu Yang Bawa Duit

25-11-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1503| Komen: 5

Description: Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama.
Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama.

Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang watak-watak sebegitu walaupun ada yang mempersoalkan watak yang dibawanya.



Foto: IG

Terbaharu, Amyra akan muncul dalam naskhah Kerasnya Takdir yang akan ditayangkan tahun hadapan.

“Ya betul, saya masih bawa watak sedih untuk drama Kerasnya Takdir ini. Ada je yang kata, Amyra tak bosan ke asyik pegang watak macam ini?



“Tapi saya cakap kenapa nak bosan dah kalau itu rezeki saya,” ujarnya kepada XTRA.

Selain itu, Amyra turut berpendapat penampilan berhijab mungkin menjadi batasan untuk dirinya membawakan watak-watak ‘ganas’ seperti dahulu.



“Dulu saya pernah je bawa watak antagonis, tapi ketika itu saya belum berhijab. Waktu dulu, macam macam boleh saya jayakan. Tetapi mungkin bila kita dah berhijab, ada batasan sedikit untuk menjadi ke arah ganas itu.




“Tapi kalau nak ikutkan, saya memang dari dulu banyak tawaran menjayakan watak ayu dan baik-baik ni,” katanya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 25-11-2022 01:34 PM
Bagus .xyah nak demand dan memilih..asalkan masyuk
Quote nylliette 25-11-2022 01:42 PM
betullah tu. memilih sgt pastu sendiri sengkek
Quote virgocircus 25-11-2022 01:47 PM
Mcm sesetengah pelakon korea..sejenis typecast actor. Asalkan masyukkkk gitewwww
Quote gideoncross 25-11-2022 01:54 PM
Dh nmanya entertainment Msia, mna boleh nak jdi mcm Holiwud yg mcm2.
Quote Carcosa 26-11-2022 10:17 PM
Lawanya si Amyra ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038404 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top