|
Orang awam yang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi Khamis dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki tanpa seurat benang.
Rakaman video 12 saat memaparkan pejalan kaki bogel itu, dipercayai mengalami masalah mental turut dikongsi di laman Twitter oleh seorang individu. "Punca jem di LDP today dibawa oleh.. #MentalHealthMatters" tulisnya di Twitter. Seorang lagi saksi yang melalui lebuh raya berkenaan untuk ke tempat kerja turut berkongsi kisahnya menerusi Instagram Story. "MasyaAllah, tadi ternampak seorang lelaki ni berjalan kaki bogel di laluan paling kanan LDP. Kesian awak sakit. "Apa pun yang berlaku, saya doakan awak dipermudahkan segalanya, diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam perjalanan hidup hingga ke penghujungnya," tulis pemilik Instagram itu. Mereka yang memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental boleh menghubungi Befrienders di 03-7627 2929 atau layari laman web di www.befrienders.org.my. -CARI Sumber: mStar Online |

September14 replied at 24-11-2022 01:34 PM
Maknyah kut mcm ada tetek n jln lenggang
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.206289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.