CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilionair Jeff Bezos Derma AS$123 Juta Untuk Benteras Masalah Gelandangan Di Seluruh Dunia

24-11-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 738| Komen: 6

Description: WASHINGTON – Bilionair, Jeff Bezos mendermakan sebahagian besar daripada kekayaannya iaitu sebanyak AS$123 juta (RM562.8 juta) bagi memenuhi ikrarnya untuk membanteras masalah gelandangan di seluruh ...
WASHINGTON – Bilionair, Jeff Bezos mendermakan sebahagian besar daripada kekayaannya iaitu sebanyak AS$123 juta (RM562.8 juta) bagi memenuhi ikrarnya untuk membanteras masalah gelandangan di seluruh dunia, lapor stesen penyiaran CNN.


Pengasas Amazon itu mengumumkan di laman Instagram kelmarin bahawa beliau baru-baru ini telah menyumbang 40 geran sebagai sebahagian daripada inisiatif Bezos Day 1 Families Fund yang dilancarkan pada 2018.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen keseluruhan berjumlah AS$2 bilion (RM9.15 bilion) yang diperuntukkan bagi mengatasi masalah gelandangan.


Foto: CNN

Derma amal terbaharu itu dimaklumkan seminggu selepas Bezos ditemui bual oleh CNN di mana manusia keempat terkaya di dunia itu memberitahu rancangannya untuk menderma sebahagian besar kekayaannya yang bernilai AS$124 bilion (RM567 bilion) untuk sepanjang hidupnya.

Menurutnya, beliau akan menumpukan sebahagian besar kekayaannya untuk memerangi perubahan iklim dan menyokong pihak yang boleh menyatukan manusia dalam menyelesaikan perpecahan sosial dan politik yang mendalam.

Ia merupakan kali pertama Bezos mengumumkan rancangan untuk mendermakan kekayaannya. 

Beberapa pengkritik sebelum ini ‘menegur’ beliau kerana tidak menandatangani dokumen Giving Pledge, sebuah perjanjian dipersetujui beratus-ratus orang terkaya di dunia untuk menderma sebahagian besar kekayaan mereka atas tujuan amal.

Bezos bagaimanapun bertindak menjangkaui Giving Pledge dengan berkata bahawa keputusan itu memerlukan beliau berfikir untuk melakukannya dengan jalan yang membawa keuntungan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 24-11-2022 01:20 PM
cuci nama le tu

reputasi dia jatuh teruk

ye, dia kaya gila babi, tapi imej dan reputasi tercalar
Quote Dwdrum 24-11-2022 01:26 PM
Dia ini tiada issue pun...issue pekerja amazon dia memang ikut rules... Basic min wage...bukan amazon saja kena critic.. Alibaba di bawah jack ma kena juga... Sekarang shopee... Same nature bussiness..
Dia buat startup blue origin ramai diam... Di mana mana jadi kaya akan sentiasa di condemn dari lifestyle till cara depa manage duit sendiri...
Quote swimswim 24-11-2022 01:31 PM
Alahai, masuk funds dia balik. Sekadar nk lari tax je ni. Lps tu dia jugak sbg chairman utk foundation dia, dpt elaun chairman wakakkaka
Quote venom1 24-11-2022 04:09 PM
bolehlah salur sedikit kat Kelantan. uruskan bekalan air bersih.
Quote ninja boy 24-11-2022 04:19 PM
Edited by ninja boy at 24-11-2022 04:20 PM

Juta2 jer kenapa duit sikit sgt
Quote rosedemon 25-11-2022 11:05 AM
elehhhh xkagom pon

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051854 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top