Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berdepan detik cemas apabila dia dikatakan menjadi mangsa serangan seksual ketika menaiki lif kediamannya di Putrajaya.
Dakwa pemilik Twitter @narshAli, mangsa yang juga anak saudara kepada rakannya bukan sahaja diraba, malah turut dicium ketika menaiki lif bersama pelaku. "Salam semua, nak minta tolong retweet. Cari mamat ni sampai jumpa. Anak buah kawan kena. Mangsa kena sexual assault dalam lif dengan laki topi merah ni," tulisnya pada Khamis pagi. Difahamkan, mangsa keluar membeli ubat untuk ahli keluarganya yang sedang demam panas sebelum terserempak dengan lelaki itu di bahagian luar lif.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menaiki lif sebelum mendakwa diserang secara seksual oleh lelaki berkenaan. "Dia (pelaku) naik lif dengan A***s. Uda demam, dia suruh A***s pergi kedai bawah. Beli Panadol. Masa nak naik lif dia dah tunggu A***s dari kedai. "A***s masuk je dia raba dan cium A***s. A***s lari balik menangis-nangis. Trauma," tulis kiriman WhatsApp seorang individu, dipercayai ahli keluarga mangsa. Menurut pekerja kedai di bawah apartment berkenaan, pelaku dikatakan melarikan diri menaiki kereta sejurus kejadian itu. Menurut keterangan yang dikongsi, kejadian itu dipercayai pada Rabu malam di sebuah apartment di Presint 5, Putrajaya. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyelar tindakan lelaki itu dan berharap mangsa segera mendapat keadilan sewajarnya. Malah, netizen turut memberi cadangan agar wajah jelas lelaki itu dalam rakaman CCTV dicetak semula untuk ditampal di kawasan kediaman berkenaan. "Semoga penjahat tu kena tangkap cepat! Cuma nak ingatkan supaya kalau kita seorang perempuan lepas tu ada lelaki dalam lif tu better jangan naik dulu even ada banyak space. Tunggu je the next lift walaupun lambat, asalkan selamat. Kondo yang ramai orang tu pun kena buat sama ya. "Kenapalah Malaysia tak ada buat hukuman sula. Kalau ada kan bagus. Biar mampus penjenayah seks atau gila seks ni disula. "Print gambar tu tampal kat papan kenyataan situ, untuk orang lain berhati-hati. "Allahu kesianya. She only 11 years old. Aku yang baca pun trauma," tulis beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Travelo replied at 24-11-2022 01:02 PM
muka mcm si pelawak astro tu..yg jadi pengacara banyak tu..apa nama tah
Travelo replied at 24-11-2022 01:02 PM
muka mcm si pelawak astro tu..yg jadi pengacara banyak tu..apa nama tah
sukacactus replied at 24-11-2022 02:52 PM
Haah rupa mcm shuk versi gelap
Travelo replied at 24-11-2022 01:01 PM
ingatkan video kena raba...
ADVERTISEMENT