CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kematian Bruce Lee Akhirnya Terjawab

24-11-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5701| Komen: 41

Description: Sekumpulan doktor mendakwa aktor Hong Kong, mendiang Bruce Lee mungkin meninggal dunia akibat minum terlalu banyak air.
Sekumpulan doktor mendakwa aktor Hong Kong, mendiang Bruce Lee mungkin meninggal dunia akibat minum terlalu banyak air.

Pakar penyelidik membuat dakwaan demikian kira-kira 50 tahun selepas legenda seni mempertahankan diri itu meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, bintang Hollywood itu meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 20 Julai 1973 ketika berada di Hong Kong.

Laporan bedah siasat pada ketika itu menunjukkan Bruce meninggal dunia akibat bengkak otak yang berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit.



Berita kematian Bruce mencetuskan khabar angin kononnya beliau mungkin dibunuh oleh samseng Cina, diracun oleh kekasih yang cemburu atau menjadi mangsa sumpahan.

Malah, tular teori lain pelakon itu meninggal dunia akibat strok haba.

Kini, para penyelidik mengkaji bukti dan memutuskan bahawa Bruce sebenarnya mungkin meninggal dunia akibat hiponatremia.

“Dalam erti kata lain, kami mencadangkan ketidakupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan air menjadi punca kematian Bruce,” jelas kumpulan penyelidik itu dalam Clinical Kidney Journal.  

Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya.

Ketidakseimbangan boleh menyebabkan sel dalam badan membengkak termasuk bahagian otak.

Kajian itu mendakwa Bruce mempunyai pelbagai faktor risiko untuk menghidap hiponatremia termasuk meminum cecair berlebihan dengan menggunakan kanabis serta faktor lain mengurangkan keupayaan fungsi buah pinggang seperti pengambilan ubat preskripsi dan alkohol.   

Sebelum ini, isteri mendiang, Linda pernah mendedahkan bagaimana Bruce mengamalkan diet berasaskan cecair iaitu jus epal dan lobak merah sebelum kematiannya.  

Bruce yang dikenali sebagai Master of kungfu dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat, tetapi dibesarkan di Kowloon, Hong Kong.

Beliau didedahkan ke layar perak sejak kecil oleh bapanya yang juga bintang opera kantonis terkenal. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-11-2022 12:48 PM
Brandon lee pun mati muda.


Quote supernaturalee 24-11-2022 12:51 PM
ye lah tu


so, sape pm 10 ni


Quote Adrif 24-11-2022 01:23 PM
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya.


pertanyaan. natrium tu sama dengan sodium ke? macam garam? I tak berapa faham lerr. mohon pencerahan, terima kasih
Quote cap_ayam 24-11-2022 01:30 PM
Dulu2 dengar gosip Bruce Lee meninggal lepas kena bantai dengan pesilat .. K.O terus
Quote Simunggu 24-11-2022 01:32 PM

LGE atau LKS???
Quote dani-rox 24-11-2022 01:36 PM
cap_ayam replied at 24-11-2022 01:30 PM
Dulu2 dengar gosip Bruce Lee meninggal lepas kena bantai dengan pesilat .. K.O terus

Ai pun baca benda yg sama. Katanya pertarungan diadakan secara rahsia gitu, membuktikan seni mempertahankan diri nusantara lebih superior
Quote margo20 24-11-2022 01:37 PM
Tak move on lg patutnya da 50 tahun bole kaji benda lain pulak
Quote bunnyj3lly 24-11-2022 01:41 PM
Adrif: pertanyaan. natrium tu sama dengan sodium ke? macam garam? I tak berapa faham lerr. mohon pencerahan, terima kasih


Sama chuols. Kalau campur air tu jadilah air garam.
Quote cap_ayam 24-11-2022 02:14 PM
dani-rox replied at 24-11-2022 01:36 PM
Ai pun baca benda yg sama. Katanya pertarungan diadakan secara rahsia gitu, membuktikan seni mempe ...

Ye rupanya sakit terlebih cecair dalam badan ..
Quote eizarz 24-11-2022 02:15 PM
dani-rox replied at 24-11-2022 01:36 PM
Ai pun baca benda yg sama. Katanya pertarungan diadakan secara rahsia gitu, membuktikan seni mempe ...

siapakah pesilat yg hebat itu…..adakah joko anwar…hahaha
Quote ninja boy 24-11-2022 02:18 PM
Terlebih cecair perlu berpeluh bersukan masuk sauna pergi menangis ludah2 kencing byk2
Quote dani-rox 24-11-2022 02:21 PM
eizarz replied at 24-11-2022 02:15 PM
siapakah pesilat yg hebat itu…..adakah joko anwar…hahaha
...dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.

1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).

2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah Silat Gayong.

3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau menolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali dan kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman akhirnya terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)

4. Bruce Lee banyak menggunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.

5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.

6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.

7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.

8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.

9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.

10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.

11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.

Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.

Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.


Source

Percaya tak?
Quote KamikuP 24-11-2022 03:10 PM
dani-rox:   Source Percaya tak?


Pecaya cuollss ekekeke

Quote Bawang123 24-11-2022 04:40 PM
Natrium tu sebutan greek kepada sodium (english). Benda yg sama.
Quote _blackbird 24-11-2022 05:00 PM
Adrif replied at 24-11-2022 05:23 AM
pertanyaan. natrium tu sama dengan sodium ke? macam garam? I tak berapa faham lerr. mohon pencerah ...

sodium dan natrium adalah elemen yg sama.
Quote prince_marhaen 24-11-2022 05:05 PM
meols lebih percaya cerita dia cabar-cabar mahaguru seni mempertahankan diri seluruh dunia/nusantara.. semua orang dia nak try..maybe makan dalam.
Quote aciksenah 24-11-2022 05:07 PM
Adrif replied at 24-11-2022 01:23 PM
pertanyaan. natrium tu sama dengan sodium ke? macam garam? I tak berapa faham lerr. mohon pencerah ...

Sama...dia lebih kurang kalau bahasa buku atau common name kita panggil sodium...kalau bahasa scientific kita panggil natrium (Na).

Quote Adrif 24-11-2022 05:11 PM
bunnyj3lly replied at 24-11-2022 01:41 PM
Sama chuols. Kalau campur air tu jadilah air garam.

baik, terima kasih atas pencerahan semua

kiranya, diet arwah waktu ni, kurang garam la ye

zaman sekarang ni, ubat dia, minum air isotonik gitu?
Quote epullipan 24-11-2022 05:12 PM
first time dengor mati terlebih air

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053207 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top