Tasha Shilla mencuri perhatian peminat selepas berkongsi foto anak keduanya, Nyla Kaadira di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram, Tasha menyatakan bahawa menatap wajah cahaya matanya membuatkan dia terlupa akan kemelut politik negara yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.
“Bangun pagi tengok muka ni hilang memikirkan masalah negara. Tak mandi pun bau syurga. Wangi je baby ni,” tulis Tasha.
Hantaran Tasha dibanjiri dengan komen peminat yang meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Nyla, malah ramai yang turut menitipkan doa agar bayi comel ini membesar dengan baik dan sihat. “Bau mulut baby adalah bau yang terpaling harum di dunia. Nikmatnya tak terkata. Moga membesar dengan sihat ye Nyla..”
“Alhamdulillah..comel lah. Moga membesar dengan sihat ye.” “Geramnya..Tak mandi pun best bau baby.”
Sekadar info, Tasha Shilla dan Muhammad Atiq telah berkahwin pada 28 Februari 2020. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Reez Zander. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|