CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Surat Zahid Hamidi Kepada Agong Bocor! Terang-Terang Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM10

23-11-2022 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7307| Komen: 97

Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai calon Perdana Menteri Malaysia ke-10, kecoh pula di media sosial mengenai sepucuk surat yang didakwa diutus oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Menerusi surat bertarikh 22 November 2022 itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama serta memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Foto: Sinar Harian

"Barisan Nasional bersama-sama dengan 30 orang ahli Dewan Rakyat memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim untuk dinamakan dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10," demikian menurut surat berkenaan.


Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno turut memaklumkan bahawa salinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dilampirkan bersama surat berkenaan.

"Patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN atau daripada parti-parti komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas, adalah tidak sah serta tidak patut dipertimbangkan yang mana ianya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan Parti Barisan Nasional Malaysia," menurutnya lagi.

Untuk rekod, calon Perdana Menteri ke-10 masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

Terdahulu pada pagi Rabu, 30 ahli Parlimen BN hadir ke Istana Negara untuk menghadap Al-Sultan Abdullah bagi membolehkan baginda membuat keputusan untuk melantik seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, sebagai Perdana Menteri.

Al-Sultan Abdullah juga akan mengadakan Perbincangan Khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis bagi mendapatkan pandangan berhubung isu berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-11-2022 04:24 PM
Cikgu anak murid abang adik


Quote jiwakacau06 23-11-2022 04:27 PM
semoga ini palsu seperti mna surat letak jawatan dia
Quote supernaturalee 23-11-2022 04:30 PM
artikel je ke
surat nya mana


Quote Bedah.Cun 23-11-2022 04:31 PM
Buat PRU balik la, setan! Penat mak habih dah sebakul popcorn mak, hurghhh!
Quote creep_bite 23-11-2022 04:34 PM
wak jahit sayang betul dgn bung nuwar...mesti ada deal ni.
Quote ayukpingu 23-11-2022 04:37 PM
Edited by ayukpingu at 23-11-2022 08:52 AM

ni memang sesuai kalau combine...


Quote white_musk 23-11-2022 04:38 PM
kenapa PN tak nak gabung saja dengan PH?
Quote haluz 23-11-2022 04:45 PM
#Dengkike hehehe
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 04:51 PM
Mana suratnye?
Quote cmf_blanco 23-11-2022 04:56 PM
creep_bite replied at 23-11-2022 04:34 PM
wak jahit sayang betul dgn bung nuwar...mesti ada deal ni.

Memang dorang ada deal dari tahun 2020 utk Anwar jadi PM..ada pendedahan ni dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa dalam live FB dia beberapa hari lepas. Sebab tu tindakan tindakan ZH dari sebelum PRU nak membuat kan BN kalah dan PH menang supaya Anwar boleh dilantik jadi PM..
Quote scorpionkiki 23-11-2022 04:58 PM
tumpanglalu74 replied at 23-11-2022 04:51 PM
Mana suratnye?

Screenshot_20221123-165713_WhatsApp.jpg Screenshot_20221123-165657_WhatsApp.jpg Screenshot_20221123-165706_WhatsApp.jpg


Dia ni habitual liar. Bahaya sungguh org mcm ni jd pemimpin.
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 05:00 PM
scorpionkiki replied at 23-11-2022 04:58 PM
Dia ni habitual liar. Bahaya sungguh org mcm ni jd pemimpin.

Keturunan PATI..
Quote _blackbird 23-11-2022 05:03 PM
Edited by _blackbird at 23-11-2022 09:05 AM

                                      
Quote sicvitaest 23-11-2022 05:08 PM

Malaysia today ada publish surat tu
Quote Orix 23-11-2022 05:10 PM

sekali pandang mcm muka mael pun ada jugak
Quote namieamuro 23-11-2022 05:13 PM
_blackbird replied at 23-11-2022 05:03 PM

bebal, jambu
Quote mesmerize 23-11-2022 05:14 PM
Gini lah perangai Anwar yang korang puja2 sangat tu
Sanggup bersekongkol dengan Zahid yang sedang usaha nak lepaskan tengkuk sendiri.
Quote namieamuro 23-11-2022 05:15 PM
scorpionkiki replied at 23-11-2022 04:58 PM
Dia ni habitual liar. Bahaya sungguh org mcm ni jd pemimpin.

ni dh kire mcm tipu agong. aduihhhh tak bole ke jujur je. hrp wak ni kene pecat jd president. bang non jd pm sekali pun, dh takde makne nk tlg wak selamatkan diri die dr jd partner bijan kt kajang.
Quote ina_na 23-11-2022 05:17 PM
cmf_blanco replied at 23-11-2022 04:56 PM
Memang dorang ada deal dari tahun 2020 utk Anwar jadi PM..ada pendedahan ni dibuat oleh Tan Sri An ...

Sbb dia tau dgn memberi sokongan dia dpt lps tengkuk..  dan dia jugak tau lps tu dia boleh sepit Abam Non sbb kalo x sokong akan hilang pengaruh..Abam Non mesti ikut je..janji jd PM kan..

maka ms tu mungkin akan berlaku serangan antara team wak jahit dan team DAP..masing2 ade agenda tersendiri.. ni td aku bc FB dah naik isu pasal tanah Perak 999tahun tu..emmmm tunggu je la.. kalo terjadi kesian anak cucu..

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.176126 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top