aTidak terkecuali berasa bimbang, bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin memohon doa baik-baik orang ramai terhadap pelakon itu yang kini sedang berjuang akibat komplikasi paru-paru berdarah.
“Kita minta doakan yang baik-baik untuk Nad Zainal,” ujar Faliq ringkas. Nad kini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu. Faliq juga meminta diberikan ruang buat dirinya dan keluarga sepanjang berhadapan dengan ujian tersebut. “Maaf, saya sedang serabut dengan banyak perkara sekarang. Kami mohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Nad.
“Beri ruang untuk saya dan keluarga untuk mendepani ujian ini dengan cekal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
|
TabletSusu replied at 24-11-2022 09:34 AM
yg kawan2, reporter semua xyah lah sibuk2 call dia berkali2. org tu tgh risau bekas isteri sakit, an ...
supernaturalee replied at 24-11-2022 01:38 AM
kannn
ape jgk perkembangan nnt
biar die sndiri yg update
kikiharris replied at 23-11-2022 10:26 PM
Time mcm ni, perkara yg paling ditakuti bila telefon berdering. Mmg automatic ko pikir bukan bukan. ...
annadonna replied at 24-11-2022 04:44 PM
Oksigen dia dah 100 dan bleeding dah stop. Insya Allah okay dia tu
ADVERTISEMENT