Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.
Menerusi kenyataan Istana Negara pada petang Rabu, mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara. "Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.
"Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai. "Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti," demikian kenyataan tersebut. Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini. -CARI Sumber: mStar Online
|
zulfahmimaidin replied at 23-11-2022 03:55 PM
dah comot istana, xde bajet ke nak cuci..kan bagus mcm atap melayu..xde air menangkung dekat situ... ...
kakikuDibibirmu replied at 23-11-2022 03:20 PM
Sultan Serambi Moscow tersenyum sinis {:mlhehe: ...
kakikuDibibirmu replied at 23-11-2022 03:20 PM
Sultan Serambi Moscow tersenyum sinis {:mlhehe: ...
Kak-Rohana replied at 23-11-2022 05:27 PM
Semua MPs tu sibok nak bermeeting..berpakat.. presiden parti kan ada..dek langkah hotel sane sini be ...
nellyberry replied at 23-11-2022 03:51 PM
Mencabar sungguh jadi YDPA kali ni, mcm-mcm Baginda hadap.
Dari masa Covid-19, Sheraton, Darurat Kes ...
nellyberry: Mencabar sungguh jadi YDPA kal ...
otai_g replied at 24-11-2022 08:25 AM
Da payah sgt. Mcm2 kombinasi yg blh. Tp kalo ko terer math sbnrnya blh ramal sapa yg akan jd pm mela ...
ADVERTISEMENT