Seorang isteri sering berhias secantik mungkin untuk suami agar mereka tidak ‘lari’ atau cari wanita lain. Begitulah yang sering diperkatakan dan didengari oleh kita bagi pasangan sudah berumah tangga.
Bagaimanapun, walau secantik mana sekali pun seorang isteri itu, belum tentu suami akan setia dan menghargai usahanya ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh Nagas di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Jesse mencerita kisah sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Sepanjang usia perkahwinan, dikurniakan rezeki memiliki dua orang cahaya mata. “Saya ada seorang kawan ni, isteri dia cantik seperti model. 18 tahun mereka bernikah dan ada dua anak," katanya. Dalam pada pasangan bahagia itu hidup penuh harmoni, terdapat kisah sedih yang diceritakan oleh lelaki ini. Menurut lelaki itu, si isteri sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik, namun tidak dipandang oleh suaminya. “Tapi saya dengar yang isteri dia curang dengan kawan kami. “Malah, lelaki berkenaan suka memanggil isterinya dengan kasar seperti menggunakan panggilan ‘woi’ apabila berbicara (berborak). “Kawan saya ni kalau dia panggil isteri bukan panggil ‘honey’, bukan sayang, bukan namanya tapi panggil hoi atau woi,” jelasnya. Bercerita lanjut, katanya, wanita yang setia selama 18 tahun itu curang dengan rakan suami. Konflik rumah tangga mereka mula timbul apabila hati si isteri sudah berbunga-bunga kerana dipuji cantik dan akhirnya dia ‘pergi’ kepada orang yang menghargai dirinya. Begitulah yang terjadi apabila hampir dua dekad mereka mendirikan rumah tangga tetapi tidak pernah mendapat pujian daripada suami sendiri. “Tiba-tiba dia terjumpa dengan kawan kami. “Selama 18 tahun tak ada orang yang puji dia tapi hari itu dia dipuji oleh lelaki lain,” ujarnya lagi dalam video tersebut. Untuk rekod, video tersebut dikongsikan di Indonesia namun menjadi tular di negara ini. -CARI Sumber: mStar Online
|
shernazz replied at 23-11-2022 03:42 AM
So bila dah curang, laki tu gila talaks.ke?
Bagi iols.kalau laki kurang ajar gitu...dia mmg takde ho ...
sufi^_^ replied at 23-11-2022 05:13 PM
citer kat indon kot
gideoncross replied at 23-11-2022 05:00 PM
Aiol sokong je prmpuan tu ikut llaki yg mnghargai dia, buat apa nak mnghadap llaki yg x thu mngharga ...
pooh~key replied at 23-11-2022 07:01 PM
Feminis memang akan cakap macam kau ni sisthurrrr…. Namun, kali ni akak sokong statement feminis ...
rosedemon replied at 24-11-2022 09:04 AM
padan muka tok laki. jantan tak gune sikit pon xhrgai binik korang. bini dsrve better
gideoncross replied at 24-11-2022 11:57 PM
Xkn llaki je yg nak mnang 25/8? Msti prmpuan pun nak mnang sbb x stiap hri llaki je yg btul hahaha ...
pooh~key replied at 25-11-2022 07:16 AM
Semua orang nak menang yes sisthurrr… semua pemenang tiada pengalah hagitchu bak kata alvin chong ...
ADVERTISEMENT