Perjalanan konvoi sekumpulan motosikal berakhir tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia selepas merempuh belakang sebuah Perodua Myvi di KM 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala Seremban.
Dalam satu video tular dimuat naik pada Isnin menerusi aplikasi Telegram Info Kemalangan, ia memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai ahli konvoi berkenaan berkumpul di bahu jalan. "Sumber awal berkata, lelaki itu hilang kawalan lalu melanggar belakang Myvi. Nampak macam teruk," katanya. Dalam video tersebut turut memaparkan seorang lelaki bertopi keledar biru, terbaring di atas jalan dan cuba dibantu orang awam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan membabitkan dua mangsa itu berlaku jam 9.30 malam Ahad.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika kira-kira 50 motosikal mengekori belakang sebuah kereta di lebuh raya itu. "Mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun. "Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan. "Ekoran itu, tujuh motosikal yang lain yang cuba mengelak berlanggar sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. FB Majoriti Tambah Aidi, remaja perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. "Kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sumber: Majoriti |
LoveSungmin replied at 22-11-2022 11:56 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Encik SMR Kor, Encik² SMR dan Encik² SMS.
*ANAK VETERAN R ...
che-cikL replied at 23-11-2022 12:27 AM
Keluar rumah innocent je rupanya, sekali duk menenggek motor sampai ke PD ya...
Yg Atrisya pun, s ...
bakingsoda replied at 22-11-2022 02:38 PM
ni kes yg budak perempuan tu makpak dia tak tahu pon sampai ke pd, rumah dorang kat gombak. ape agak ...
Mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun.
ADVERTISEMENT