Tular video pengantin lelaki menangis teresak-esak di dalam bilik tidur pada malam pertamanya. Menerusi kapsyen pada video TikTok @sfitmly, wanita itu menggambarkan dia dan suaminya tidak bermesra-mesraan seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga.
"Malam pertama menangis teringat mamanya," tulis wanita dikenali sebagai Sri Fitria Mulyadi pada video berkenaan. Terdahulu menerusi rakaman video berdurasi 53 saat itu juga, si suami kelihatan tidak senang duduk sambil mengesat mata beberapa kali. Enggan membiarkan si isteri tertanya-tanya tentang apa yang berlaku, suaminya akhirnya mengakui dia menangis kerana merindui ibu tersayang.
Terhibur dengan pengakuan suami, Fitria berkongsi video berkenaan di media sosial sebagai kenang-kenangan. "Beginilah (nasib) bernikah sama anak tunggal satu-satunya (dalam keluarga)," katanya pada kapsyen. Meninjau di ruangan komen, video dengan 1.8 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur menyaksikan gelagat lelaki tersebut. Malah, ada yang memintanya menghantar suaminya itu pulang ke rumah ibunya. Situasi itu dipercayai berlaku di Indonesia namun turut menjadi perhatian netizen dari Malaysia. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT