CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram! Bakal Pengantin ‘Dirasuk’ Menari Tarian Jawa Ketika Sesi Fotografi Praperkahwinan

22-11-2022 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1371| Komen: 2

Description: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan adegan wanita didakwa dirasuk ketika menjalani sesi fotografi praperkahwinan sehingga menyebabkan dia menari dalam keadaan tidak sedarkan d ...
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan adegan wanita didakwa dirasuk ketika menjalani sesi fotografi praperkahwinan sehingga menyebabkan dia menari dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor program berita Liputan6 kelmarin.


Berdasarkan video dikongsikan di laman TikTok itu, pasangan bakal pengantin tersebut dilihat memakai pakaian mengikut adat resam Jawa.


Wanita ini menari dalam keadaan tidak sedarkan diri. – TikTok

Aktiviti bersolek dan memakai pakaian tradisional itu pada awalnya berjalan lancar dengan kedua-dua mereka tersenyum sepanjang penggambaran dilakukan.

Bagaimanapun, situasi mula bertukar seram apabila pandangan mata bakal pengantin perempuan secara tiba-tiba berubah dan dia turut bercakap dalam dialek berbeza sambil memperkenalkan diri sebagai seorang penari.


Ketika perakam video bertanya siapa yang memasuki jasad wanita berkenaan dalam bahasa baku  Indonesia, dia menjawab dalam bahasa Sunda.

“Saya panggil ‘Nyai’ ya?” soal perakam sambil disahut dengan anggukan kepala daripada wanita berkenaan.

Dia kemudian meneruskan tarian dengan sekurang-kurangnya dua tarian Jawa dipersembahkan. Tariannya kelihatan lemah gemalai dengan gerakan tangan dan kaki yang lembut.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut menyuarakan hasrat untuk mengundur diri dan mengucapkan  terima kasih dalam bahasa Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sopan betul cara dia mengundur diri,” kata seorang pengguna.

“Auranya amat berbeza, dia kelihatan sangat cantik ketika menari,” ujar seorang lagi netizen.


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-11-2022 08:51 AM
mastika versi yindon
Quote mojarean_X 28-11-2022 12:21 AM
Mana bideonya. Mcm KKN Di Desa Penari je

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047104 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top