Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak permintaan untuk membuat reviu menerusi laman sosialnya ekoran produk diberikan tidak bersesuaian dengan masalah kesihatan dihadapinya ketika ini.
Jelas Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, ketika ini dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi menyebabkan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba produk yang mungkin akan memberi kesan lain kepada kesihatannya. "Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. "Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.
"Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan," katanya. Aqish membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa. Sementara itu, pelakon filem KL Special Force itu memberitahu senarai produk yang terpaksa ditolak adalah produk memutihkan wajah, jamu dan krim payudara serta produk makanan kesihatan.
|
ADVERTISEMENT