View: 1129|Reply: 6
|
Puteri Balqis Tolak Reviu Produk Besarkan Payudara Dan Punggung
[Copy link]
|
|
Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak permintaan untuk membuat reviu menerusi laman sosialnya ekoran produk diberikan tidak bersesuaian dengan masalah kesihatan dihadapinya ketika ini.
Jelas Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, ketika ini dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi menyebabkan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mencuba produk yang mungkin akan memberi kesan lain kepada kesihatannya.
 Foto: IG
"Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat.
" engurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.
"Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan," katanya.
Aqish membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.
Sementara itu, pelakon filem KL Special Force itu memberitahu senarai produk yang terpaksa ditolak adalah produk memutihkan wajah, jamu dan krim payudara serta produk makanan kesihatan.
"Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.
"Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.
"Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam," jelasnya.
Untuk rekod, Balqis sebelum ini mendedahkan terpaksa mendapatkan kaunseling daripada pakar psikiatri bagi merawat masalah gangguan emosi dihadapinya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Wise decision. Good job putri |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 16 watpe besarkan bontot walaupun tak amik ubat psikiatri pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
ala nape tolak. mseti mahal tu, kaut jela slagi oleh dekk. |
|
|
|
|
|
|
|
la baru 15 ke.tapi elok pon tolak,sebab produk2 ni kena kaji tu.bukan semua orang tahan pakai ubat mcm2
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila. Tak beragak nak suruh budak 15 thn review produk besar tek besar bontot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|