Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai isu yang hangat menjadi perbualan warganet berhubung isu perkauman serta perisitiwa 13 Mei.
Heroin filem Busker itu menyeru generasi muda terutamanya di bawah 21 tahun untuk tidak mudah terpengaruh. Malah, pelantun lagu Penat itu turut meminta generasi muda untuk membuat semakan fakta di internet terlebih dahulu. “Salam adik-adik, saya tahu sangat senang untuk kita scroll TikTok dan telan sahaja sentimen-sentimen perkauman dan mesej ekstremism yang sedang berleluasa di FYP anda.
“Sebelum kita percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan yang kita semua ada otak dan logik akal untuk berfikir. Gunakan adik-adik sayang sekalian. “Internet ada, buku ada. Research, baca, belajar. Cari fakta. Kalau kita boleh type comment yang tiada berasas, kita juga boleh type di ruangan Google, ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang diperhebohkan,” tulisnya di Instagram Story. Dalam pada itu, aktres jelita berumur 28 tahun ini juga meluahkan perasaan bimbang terhadap keselamatan negara dan rakyat. “Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media. Kita lebih baik daripada itu.
|
seripahzeripah replied at 22-11-2022 06:29 PM
Dia ni apa je product dia selain jadi duta brand² terkenal..tpi hidup kemain lavish ya
rosedemon replied at 23-11-2022 09:49 AM
macam la ko bijak sgt
ADVERTISEMENT