CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 4

Daiyan Trisha Pesan Pada Gen Z Supaya Guna Otak Untuk Berfikir, Jangan Percaya Bulat-Bulat Apa Yang Disuap Media

[Copy link]
Post time 22-11-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai isu yang hangat menjadi perbualan warganet berhubung isu perkauman serta perisitiwa 13 Mei.


Heroin filem Busker itu menyeru generasi muda terutamanya di bawah 21 tahun untuk tidak mudah terpengaruh.


Malah, pelantun lagu Penat itu turut meminta generasi muda untuk membuat semakan fakta di internet terlebih dahulu.


Foto: IG




“Salam adik-adik, saya tahu sangat senang untuk kita scroll TikTok dan telan sahaja sentimen-sentimen perkauman dan mesej ekstremism yang sedang berleluasa di FYP anda.


“Sebelum kita percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan yang kita semua ada otak dan logik akal untuk berfikir. Gunakan adik-adik sayang sekalian.


“Internet ada, buku ada. Research, baca, belajar. Cari fakta. Kalau kita boleh type comment yang tiada berasas, kita juga boleh type di ruangan Google, ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang diperhebohkan,” tulisnya di Instagram Story.






Dalam pada itu, aktres jelita berumur 28 tahun ini juga meluahkan perasaan bimbang terhadap keselamatan negara dan rakyat.


“Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media. Kita lebih baik daripada itu.


  



“Jangan pandang remeh isu yang sensitive. Jangan terlampau ikut emosi tanpa mendalami situasi sebenar yang terjadi. Buka mata dan minda anda. Kita harus pandang ke depan supaya apa-apa masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.




  



“Saya risau dan takut untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Saya alu-alukan followers adik-adik saya untuk kongsikan kepada rakan semua tentang pentingnya empati, berakal panjang dan bersikap rasional. Semoga yang terbaik untuk kita semua,” tambahnya lagi. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni apa je product dia selain jadi duta brand² terkenal..tpi hidup kemain lavish ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:49 AM | Show all posts
macam la ko bijak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 22-11-2022 06:29 PM
Dia ni apa je product dia selain jadi duta brand² terkenal..tpi hidup kemain lavish ya

org speku sheols main forex mungkin tapi takde bukti la, sekadar rumour sajork
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 23-11-2022 09:49 AM
macam la ko bijak sgt

tapi okay la sebab sheols setakat ni takde cakap benda bodoh lagi.

Maybe pr team sheols mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055362 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list