|
Vokalis Kangen Band, Andika Mahesa dilaporkan sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Terbuka Lampung. Dalam kesibukannya sebagai pemuzik, lelaki yang sudah berusia 39 tahun itu baru menyambung pelajarannya di universiti. Dia diketahui mengambil jurusan undang undang.
Ada beberapa faktor yang mendorong dirinya kembali belajar meski usia sudah tidak lagi muda. Kata vokalis yang sering diberi julukan Babang Tamvan itu, dia mahu melanjutkan pelajaran kerana tidak mampu berbuat demikian dahulu kerana tidak mampu. "Ya kerana dulu tak mampu. Yang namanya kuliah atau belajar kan tetap memerlukan biaya, jadi dulu tak punya wang, bagaimana saya mahu sambung belajar,” jelas Andika seperti dilaporkan Detik.com.
Selain itu sebab utama dia mengambil keputusan untuk sambung belajar adalah malu ditanya taraf pendidikan oleh anak anaknya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.121568 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.