CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Apa Rasanya Belajar, Dengar Ceramah Sempoi Dian Sastro Depan-depan Ya?

21-11-2022 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2643| Komen: 8

Description: Pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo menarik perhatian ramai apabila menjadi pensyarah jemputan di Universiti Indonesia (UI).Dian, 40, mengajar di kelas vokasional UI dan berkongsi ilmu tentang perfi ...
Pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo menarik perhatian ramai apabila menjadi pensyarah jemputan di Universiti Indonesia (UI).

Dian, 40, mengajar di kelas vokasional UI dan berkongsi ilmu tentang perfileman serta lakonan dengan penuntut universiti berkeanan.



IG Dian

"Hari ini saya mengajar bagi membincangkan tentang struktur filem, matlamat jangka panjang dalam sebuah karakter, bahasa visual dan mise en scene," tulisnya di Instagram.

Aktres ini memuat naik video dan foto ketika sedang mengajar di akaun media sosial miliknya.

Dalam pada itu, Dian turut berpesan kepada pelajarnya untuk melakukan tugasan dengan baik dan mengakui dia seorang yang tidak kedekut memberi markah asalkan dapat membuatnya kagum.




"Buat pelajar-pelajar saya, selesaikan tugasan kamu dengan penuh semangat. Saya tahu kamu semua jauh lebih bijak dan kreatif daripada yang kamu sangkakan.

"Saya tidak kedekut untuk memberi markah, tetapi kamu perlu yakinkan saya. Jadi, kagumkan saya dengan tugasan kamu," katanya.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan bagaimana agaknya perasaan apabila diajar oleh aktres wanita popular Indonesia ini.

Untuk info, Dian merupakan pelajar lulusan Universiti Indonesia dan alumni Ilmu Falsafah, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya pada Julai 2007.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 21-11-2022 10:35 PM
bu, lagi kejang leher anak-anak nya bu. lagi perlu miring ngelihat ibu ngelihat papan gelihat nota ngelihat ibu ngelihat papan. jadi pusing
Quote pinkpunk 22-11-2022 08:41 AM
sempoi je dia pakai
Quote zarulnazmi 22-11-2022 10:38 AM
Kulari kehutan kemudian menyanyiku
Kulari kepantai kemudian teriakku
Quote ezacbee 24-11-2022 03:08 PM
Pasal dia ngan nico aku boleh layan aadc, aadc2 byk kali..

Klo aku student situ mesti rajin datang kelas.


Quote Prickford 24-11-2022 03:15 PM
Teringat masa study dulu, pensyarah jemputan iolls adalah Pekin...huhu Pekinnn oiiii..napelah diberi Pekin dekat kami.
Quote samperit 2-12-2022 10:01 PM
Pernah jumpa Dian ni dpn2 many years ago. Cantik sgt dan make up pun lite2 je. Sejenis natural beauty
Quote putricitrasari 8-12-2022 09:08 PM
Prickford replied at 24-11-2022 03:15 PM
Teringat masa study dulu, pensyarah jemputan iolls adalah Pekin...huhu Pekinnn oiiii..napelah diberi ...

menarik ke hambar kelas tu? mungkin tu je actor yg boleh bayar murah
Quote Prickford 9-12-2022 08:28 AM
putricitrasari replied at 8-12-2022 01:08 PM
menarik ke hambar kelas tu? mungkin tu je actor yg boleh bayar murah

Biasa2 je kelas nya. Masa iolls study tu Peking mmg baru start berlakon. Jadi iolls tak paham kenapa heolls dipilih. Tak tau la sama ada heolls ada degree or master ke. Tapi yg rasmi masa tu heolls dpt berlakon filem Prof Razak Moyeden. Prof Razak mmg fames kat kampus Art & performance. Kampus iolls plak art & design. Agakhya dari situ lah Prof tu minta kabel2 kasi chance Pekin ajar kat Art & Design.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049090 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top